Aku bertatih bukanlah kerana nama.. tetapi kerana akulah Serikandi Agama..

Friday, May 3, 2013

KERDIL


Kebelakangan ini bagaikan ada sesuatu yang mengetuk-ngetuk pintu hati. Ketukannya begitu kuat dan menggetarkan. Lalu, ana mengambil keputusan untuk duduk mengasingkan diri buat beberapa ketika. Dalam proses mencari hakikat apa sebenarnya yang menggusarkan hati ini, sebenarnya, ana gelisah juga. Takut-takut ketinggalan dalam melaksana kerja-kerja Islam.

Rugi.. rugi...
Hati bagai meronta lagi menyuruh tenaga ini pintas diatur ke medan juang..
Adakah ini gejala futur?
Nauzubillah...



LEMAHNYA WAHAI DIRI!

Ana lihat sahabat-sahabat. Ramai yang rela terjun bertempur di medan masing-masing. Room mate yang paling dekat dengan diri ana sendiri pun, punyai izzah yang tinggi dalam perjuangan seorang wakil pelajar walau dia sering nampak bersahaja. 

Dan...

Sahabat-sahabat lain, juga dengan wadah masing-masing...
Berprogram..
Merangka itu dan ini..
Berucap dihadapan tanpa gentar..
Langkah dengan penuh semangat!

Sementara ana masih dalam kekalutan dan kegusaran. Masih dengan dugaan-dugaan lama yang sahabat-sahabat lain telah maju setapak, bahkan ada yang bertapak-tapak meninggalkan diri.

Dari kejauhan ini ana melihat mereka semakin mengorak langkah. Namun, diri ini masih di sini.
Kerja yang tidak seberapa...
Namun sakitnya menimbun.
Mungkin juga kerana belum sepenuhnya meraih ikhlas..
Atau mungkin kerana jiwa ini belum cukup tabah dan kental..

Aduhai... LEMAHNYA DIRI INI!


UZLAH 

Hendak diluah kepada mereka, rasanya lidah ini tidak layak untuk berkata-kata. Juga tidak adil rasanya mengadu pada yang lebih banyak bebannya. 

Lantas diri mengambil keputusan untuk duduk dan merenung kembali.

Selama ini....Betapa langkah demi langkah sudah dilalui untuk sampai kepada diri yang sekarang.. Korban masa, korban tenaga, korban wang ringgit, korban kerehatan diri, semuanya berputar pada aras 360 darjah berbanding masa lalu, di mana diri ini hanya seorang insan yang penuh dengan spekulasi dan melangkah ikut mana kaki suka dilebarkan, ibarat kereta api yang tidak berlandasan, tanpa tahu destinasi yang pasti..

Betapa wasilah dakwah ini benar-benar membawa diri berjalan betul-betul di atas landasan.





Hati meronta-ronta lagi..
Tidakkkk!!!
Diri tidak ingin keluar dari landasan yang sudah pasti betulnya!
Tidak!!!
Tidak mahu diri ini futur..

Namun, sekuat jeritan hati itulah, pada suatu sudut yang lain hati ini juga seperti bersuara, suara lesu yang lemah meratap-ratap, hiba dengan kelemahan diri sendiri..


MELIHAT SEKELILING.. KERDILNYA DIRI!

Dalam sepi keterasingan uzlah diri, ana sempat-sempatkan juga melihat sekeliling. Dan pada ketika itulah, terasa apa yang dilihat di sekeliling, semuanya jauh lebih kuat.. KUAT berbanding diri ini..

Seawal pagi mata ini melihat Mak Cik Cleaner memulakan kerja membersihkan seluruh kawasan institut. Cukup sabar dan cekal membelah pagi membersihkan seluruh aras dan kawasan...

Tabahnya dia,
Sabarnya dia,
Cekalnya dia,
Kuatnya dia....

Masuk ke bilik kuliah, di sapa rakan-rakan sekelas dengan ceria,

Mereka masih punya kekuatan untuk tersenyum..
Ada kekuatan untuk berukhuwwah..
Bahkan masih punya kesabaran melayan kerenah diri yang tidak menentu..

Allah...
Terasa diri tidak punya kekuatan itu!

Pulang ke asrama melihat keletah anak manja seorang warden,
Anak kecil ini memulakan setiap harinya dengan penuh bersemangat,
aduh.... tewas diri ini!

Melangkah ke kafeteria melihat pekerja-pekerjanya gigih melaksanakan tugas,
Mengangkat barang-barang dan perkakasan yang berat setiap hari,
Kerja hampir 20 jam membanting tulang...
Tapi ana??

Menghubungi ibu lewat telefon,
Bertanya khabar...
Ibu walaupun sudah lama sakit-sakit,
Sudah bertahun kekurangan upaya,
Masih juga mampu meneruskan rutin,
Masih dapat ana bayangkan senyumannya,
Dari nada ceria yang menghiburkan itu..
Tapi, anaknya ini.....

Seolah-olah kehilangan kekuatan.........

Melihat semut yang berjalan itu pun...
Burung yang terbang itu pun...
Rumput-rumput yang sentiasa berzikir itu pun...

Ya Allah.. Hamba kerdil ya Allah...






MENCARI SPIRIT YANG HILANG

Berapa banyak masa yang dihabiskan untuk menangisi hakikat tulang empat kerat yang kudratnya jauh lebih lemah tanpa di jangka..

Namun, diri ini sedar, masih banyak yang perlu dilakukan di jalan ini...
Diri, kuatlah...
Kuatlah....
Kuatlah....

Islam tidak memerlukanmu,
Namun engkau perlukan Islam...

Bangunlah....
Bangkit kembali.....
Walaupun langkahmu longlai..
Tapi....
Teruskanlah jua.... teruskanlah..
Perjalanan masih jauh...
Masih penuh liku...
Jangan pernah patah di permulaan jalan...
Sedangkan onak dan duri masih banyak lagi belum dicantas dihadapan...
Penghujung jalan ini pasti tidak akan sia-sia...

HIDUP MULIA, MATI SYAHID!








Apa kata anda:

0 pelajar nak bagi pandangan:

Post a Comment