Aku bertatih bukanlah kerana nama.. tetapi kerana akulah Serikandi Agama..

Friday, October 26, 2012

BICARA SEORANG KHAULAH



Usah kau tertanya 
mengapa aku tidak selalu mengharap bantuanmu
Bukan kerana tidak menghargai
Tetapi kerana aku biasa laluinya sendiri
Aku sudah lama berjuang sendiri
Mengubat luka-luka sendiri..
Menyapu titis airmata sendiri..


Tidak kuragui ikhlasmu sahabat,
Tetapi berilah aku sedikit waktu,
Untuk aku belajar menyandar tenat di bahumu,
Kerana selama ini 
Jatuhku tiada yang menghulurkan tangan,
Menyebabkan aku tiada pilihan,
Melainkan bangkit tanpa pertolongan...
Sendirian membalut parut-parut perjuangan...

Akulah Khaulah binti Azwar.. 
Aku melihat abangku Dhirar tertangkap..
Lalu aku datang, 
untuk membebaskan dia..
Yang berperang kerana Allah..

Dengan kudaku,
Aku merempuh musuh-musuhku sendiri..
Aku menghunus senjataku di medan peperangan
Mereka melihat aku tangkas dan kuat..
Padahal aku juga punya hati lembut sepertimu..
Kerana itu fitrah diriku..
Lahir kedunia sebagai seorang muslimat...

Daripada penjara tawanan perang,
Bangkitku hanya bersenjata tali-tali khemah..
Kerana diri ini tidak rela mejadi gadis pemicit bangsa Rom..
Jauh sekali tempat memuaskan nafsu binatang...

Usah kau hairan,
Andai terkadang tingkahku sedikit kasar..
Kemahuanku keras merempuh badai..
Fikirku selalu tidak kau jangka...
Langkahku sering ingin berdikari..
Inilah kesan parut-parut pertempuran..
Yang kulalui dalam lipatan hidupku... 

Namun, sahabat...
Andai langkahku sedikit longlai..
Andai aku lesu tidak bermaya..
Datanglah padaku kerana disitu aku perlukan dirimu..
Kerana diamku, menangis sendiri...



Apa kata anda:

0 pelajar nak bagi pandangan:

Post a Comment