Aku bertatih bukanlah kerana nama.. tetapi kerana akulah Serikandi Agama..

Monday, September 17, 2012

PENSEL

Melihat Neneknya sedang asyik menulis Adi bertanya, "Nenek sedang tulis apa?"

Mendengar pertanyaan cucunya, si Nenek berhenti menulis lalu berkata, "Adi cucuku, sebenarnya nenek sedang menulis tentang Adi. Namun ada yang lebih penting dari isi tulisan Nenek ini, iaitu pensel yang sedang Nenek pakai. Nenek berharap Adi dapat menjadi seperti pensel ini ketika besar nanti."




"Apa maksud Nenek Adi mesti menjadi seperti pensel? Lagipun pensel itu biasa saja, sama seperti pensel lain juga," jawab Adi dengan bingung.

Nenek tersenyum bijak dan menjawab, "Itu semua bergantung bagaimana Adi melihat pensel ini. Adi tahu tak, bahawa sebenarnya pensel ini mempunyai 5 kualiti yang boleh membuatmu selalu tenang dalam menjalani hidup."

"boleh Nenek jelaskan lagi?" pinta Adi

"boleh, cucuku," jawab Nenek dengan penuh kasih

"Kualiti pertama, pensel dapat mengingatkanmu bahawa engkau boleh melakukan hal yang hebat dalam hidup ini. Seperti sebatang pensel ketika menulis, engkau jangan pernah lupa bahawa ada tangan yang selalu membimbing langkahmu dalam hidup ini. Tangan itulah Allah, Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendakNya".

"Kualiti kedua, dalam proses menulis, kita kadang beberapa kali harus berhenti dan menggunakan rautan untuk menajamkan kembali pensel yang kita pakai. Rautan itu pasti akan membuat pensel menderita. Tapi setelah proses meraut selesai, pensel itu akan mendapatkan ketajamannya kembali. Begitu juga denganmu, dalam hidup ini engkau harus berani menerima penderitaan dan kesusahan, kerana itulah yang membuatmu menjadi orang yang lebih baik".

"Kualiti ketiga, pensel selalu memberikan kita kesempatan untuk menggunakan pemadam, untuk memperbaiki kata-kata yang salah. Oleh kerana itu memperbaiki kesalahan kita dalam hidup ini, bukanlah perkara yang hina. Itulah yang membantu kita untuk tetap berada pada jalan yang benar".

"Kualiti keempat, bahagian yang paling penting dari sebatang pensel bukanlah bahagian luarnya, melainkan karbon yang ada di dalam sebuah pensel. Oleh sebab itu, selalulah hati-hati dan menyedari semua perkara di dalam dirimu".

"Kualiti kelima, adalah sebatang pensel selalu meninggalkan tanda/goresan. Seperti juga dirimu, engkau harus sedar kalau apapun yang engkau lakukan dalam hidup ini akan meninggalkan kesan. Oleh kerana itu selalulah hati-hati dan sedar terhadap semua tindakan".

"Jadi Adi, sudah faham apa yang Nenek sampaikan?"

"Faham Nenek." 

Begitu banyak hal dalam kehidupan kita yang ternyata mengandungi analogi kehidupan dan menyimpan nilai-nilai yang berguna bagi kita.


Apa kata anda:

0 pelajar nak bagi pandangan:

Post a Comment