Aku bertatih bukanlah kerana nama.. tetapi kerana akulah Serikandi Agama..

Monday, September 17, 2012

PELAJAR ITU..


Ana: Boleh baca fatihah?
Pelajar: Boleh....

Pelajar itu pun membaca surah al-fatihah.. walaupun dengan sedikit tersekat,, tapi tajwidnya boleh dipuji...Dia meneruskan bacaan surah al-a'la yang dihafalnya usai membaca al-fatihah.. MasyaAllah... lancar!

Ana: duduk kat sini, kawan-kawan ade tak 'cakap2' pasal perbezaan agama? 
Pelajar: Ada
Ana: Adik jawab apa?
Pelajar: Tak layan, buat tak tahu je. Nanti lama2 diorang diamlah..

Kelas pagi itu, hanya kami berlima, termasuk dua guru pelatih seperti saya dan seorang guru bahasa melayu sekolah tersebut. Pagi itu walaupun hujan, adik ini tetap hadir untuk mengikuti kelas intensif Pendidikan Islam di salah sebuah SJKT yang terletak di selangor..

Ana: Adik lepas ni nak sambung sekolah mana?
Pelajar: Nak ke sekolah tahfiz, tahun depan mintak ayah tukar...

Dalam hati ana berdoa,,

Ya Allah, Engkau perkenankanlah hasrat adik kecil yang bercita-cita besar ini... semoga dia termasuk dalam golongan para syuhada' yang membela agamaMu.. lindungi dan kuatkan imannya Ya Allah...Ya Allah... Ya Allah...

P/S: Pagi yang bermakna,, bertemu adik Amirul Asyraf,, rasa sayu,, sedih,, berbaur terharu dan gembira... terasa kerdil sungguh diri jika dibandingkan dengan ketabahan.. kekuatan, semangat dan keazamannya....

Adik Amirul Asyraf: dalam usia 11 tahun dia sudah berjuang menghadapi liku-liku seorang ghuraba' di tengah2 kekafiran..... mampukah kita yang mengaku pendai'e/pejuang islam menjadi setabah dia...??

Marilah sama-sama kita doakan kesejahteraan buatnya agar Adik Amirul Asyraf menjadi seorang pejuang Islam yang hebat suatu masa nanti.. Ameen...

Gambar Hiasan

Apa kata anda:

0 pelajar nak bagi pandangan:

Post a Comment