Aku bertatih bukanlah kerana nama.. tetapi kerana akulah Serikandi Agama..

Monday, September 17, 2012

Ku Lihat Hijau

Suatu Hari di Padang IPIS
Situasi: Ketika mendengar lagu Westlife~ 

Sahabat I: Lagu westlife ni evergreen kan?
Sahabat II: Evergreen? apa tu?
Sahabat I: erm.. evergreen ni maksudnya sentiasa segar.. maknanya lagu ni walaupun dah berzaman, tapi orang masih lagi suke dengar sampai sekarang

Adakah anda terfikir sesuatu?

Yang pertama,,saya timbulkan persoalan: kenapa orang2 Barat ni gunakan warna hijau untuk perkataan ni? tak boleh ke guna perkataan 'everyellow' ke,, 'everred' ke,, 'everpeach' ke? kenapa mesti gunakan 'evergreen'?

Yang kedua,, kesimpulan yang dapat saya buat daripada dialog diatas: evergreen maksudnya, segar dan sesuai sepanjang zaman...

Yang ketiga: warna hijau seringkali dikaitkan dengan warna Islam.. Rasulullah sendiri menyukai warna hijau....

Sedar atau tidak orang Barat yang selalu menghina Islam ni rupanya tak perasan pun diorang sebenarnya dah lama mengaku bahawa Islam dan syariatnya sesuai sepanjang zaman.. perkataan 'evergreen' dalam perbendaharaan kata mereka merupakan buktinya..!

 Maha Suci Allah atas Kebijaksanaan dan KekuasaanNya..


Apa kata anda:

0 pelajar nak bagi pandangan:

Post a Comment