Aku bertatih bukanlah kerana nama.. tetapi kerana akulah Serikandi Agama..

Wednesday, July 18, 2012

SUARA HATI PENDA'IE (I)


Ya Allah...

Jangan Engkau padamkan cintaku padaMu..
Jangan Engkau jauhkan aku dariMu..
Jangan Engkau uji aku atas sesuatu yang tidak ku terdaya..
Jangan Engkau mengujiku pada sesuatu yang membuatkan aku terpesong daripada jalanMu yang benar..
Kerana aku ingin terus disini..
Meneruskan derap-derap perjuangan Rasulullah..
Sehingga akhir hembusan nafasku..

Dengan sebenar-benar pengharapan..
Aku mengharap rahmatMu..
Dengan sebenar-benar rayuan..
Aku merayu padaMu..
Dengan airmata...
Dengan luka-luka...
Dengan darah yang mengalir..
Saksi bisu yang menyaksikan perjuangan ini dikemudi..

Kugagahi seluruh tulang-belulang,
Segenap nafas dan degup jantung
Seluas langkah yang diatur
Menyambung rantaian Dakwah Rasulullah..
Seluruh badan merasa getarannya..

Illahi,
Engkau telah membeli hatiku..
Setiap darah yang mengalir..
Setiap nafas yang berhembus..
Dengan syurga dan keredhaanMu yang tiada tandingan..

Kerana mahalnya al-jannah dan mardhatillah..
Aku relakan segalanya..
Biarkanlah aku terus rela...
Kerana aku tidak sanggup hidup tanpa cintaMu..
Aku ingin terus berjihad menegakkan agamaMu!

Apa kata anda:

0 pelajar nak bagi pandangan:

Post a Comment