Aku bertatih bukanlah kerana nama.. tetapi kerana akulah Serikandi Agama..

Thursday, July 19, 2012

SAHABAT YANG SEKIAN LAMA TIDAK DITEMUI

Jika antum semua mempunyai seorang sahabat yang sangat rapat dan baik dengan antum, tetapi pada suatu masa, antum terpaksa berpisah dengannya, si dia jauh.. jauh sangat sampai tak boleh nak jumpa kalau tak cukup fuluss,,, apakah perasaan antum semua?

Sudah tentu sedih, bukan?

"Alah, enti ni, sekarang kan dah moden, dunia dihujung jari..jauh pun, boleh pakai skype, facebook, handphone apa?"

Mungkin ada yang menjawab sebegitu. 

Ye lah, sekarang bukan lagi zaman kuno macam waktu ana kecil dulu-dulu, nak hubung sahabat jauh, kenalah guna pen dan kertas, main utus-utus surat gitu.Ada pun telefon bimbit masa tu, besar gedabak  lebih kurang macam saiz botol mineral water yang 1 liter, itu pun, manalah orang kampung macam ana mampu beli, orang kaya-kaya, boleh la jugak merasa. Zaman tu ana ingat lagi, ramailah budak-budak kampung yang mengidam nak ada telefon bimbit, sampai botol air yang di bawa ke sekolah, pun bentuknya seiraslah jugak dengan telefon yang popular tu.Alahai...,, bijaknya orang berniaga botol air..



Tapi sekarang, bila dah ada telefon macam Samsung, Nokia dan segala bagai yang canggih-canggih tu, promosilah macam mana pun, belum tentu budak-budak zaman sekarang nak pandang walau sebelah mata telefon bimbit yang besar macam botol air tu lagi...

Tapi sebenarnya, skype,facebook, handphone secanggih manapun, takkan sama seperti sahabat baik kita berada betul-betul dihadapan kita..betul tak?

Sekarang, cuba bayangkan, setelah sekian lama tidak berjumpa, tiba-tiba sahabat kita itu, nak berkunjung ke rumah kita,apa perasaan antum?

gembira?
teruja?
excited?

Lumrah,rasa terubat rindu di hati..Pastinya bermacam-macam persediaan kita lakukan untuk menyambut sahabat yang datang dari kejauhan semata-mata untuk bertemu kita.. ada antara kita, yang awal-awal lagi sudah menunggu kedatangannya di airport, sudah pun plan awal-awal apa yang nak dilakukan bersama sepanjang tempoh lawatan sahabat kita tu.. Bukan calang-calang aktiviti, fuhh!!! punyalah extra-ordinary, sampai tempat-tempat pelancongan kat negeri kita yang kita tak pernah jejak pun, terjejak juga akhirnya semata-mata kerana datangnya sahabat kita yang satu itu...

Sahabat-sahabat sekelian, 

Kalaulah kita menyambut ramadhan sebaik kita menyambut sahabat kita ini alangkah baik dan indahnya...masjid-masjid yang selama ini kosong, kita isi dengan solat berjemaah 5 waktu, tarawih dan qiamullail, kita kurangkan percakapan yang sia-sia, baca Al-Quran banyak-banyak, sedekah banyak-banyak...ikhlaskan hati, maafkan orang, sentiasa buat baik, ikhlaskan diri melakukan kebaikan, hadiri dan meriahkan majlis-majlis ilmu, tinggalkan maksiat,

Kalaulah setiap hari kita buat amalan-amalan 'extra-ordinary' macam ni, takkanlah kita boleh terlepas dapat ganjaran 1000 bulan yang dijanjikan Allah pada malam Al-Qadr? Paling penting, semua apa yang kita lakukan sebenarnya merupakan proses penyucian hati supaya kita menjadi mukmin sejati yang lebih berkualiti setelah bulan tarbiyyah ini meninggalkan kita....

Jika semua proses pentarbiyahan di bulan Ramadhan ini dapat dihayati oleh kita semua, pasti pemergiannya, membuatkan kita bersedih sebagaimana sedihnya kita apabila terpaksa berpisah sekali lagi dengan sahabat baik kita apabila dia kembali semula ke tempatnya..

Oleh itu sahabat-sahabat, marilah kita sama-sama GEMBIRA+TERUJA+EXCITED.. tatkala menghampiri Ramadhan yang tidak lama lagi bakal kita sambut di 'Airport' Dunia... semoga kehadirannya kali ini tidak kita sia-siakan, kerana belum tentu kita berpeluang untuk bertemunya lagi, pada tahun hadapan...

Wallahualam...




Apa kata anda:

0 pelajar nak bagi pandangan:

Post a Comment