Aku bertatih bukanlah kerana nama.. tetapi kerana akulah Serikandi Agama..

Saturday, July 21, 2012

KALIMAH DAKWAH

Bergetar seluruh badan..
Mengucap kalimah dakwah..
Tentu kan diuji, setiap bicara diungkap..
Mampukah hamba harungi,
Setiap ombak membedil,
Ataukah akah terhakis,
Pantai iman dan kesabaran?

Ya Allah..
Tabahkanlah hati,
Meniti liku-liku perjuangan da'ie..
Yang melazimi jalan bukannya hamparan permaidani..
Jauh sekali wangian kasturi...
Namun tetap digagahi..
Kerana hati sudah di beli..
Dengan syurga abadi
dan cinta hakiki padaMu..

Illahi..jangan padamkan cinta ini dihati..
kerana tanpa cinta padaMU,
siapalah diri hamba yang kerdil?

Apa kata anda:

0 pelajar nak bagi pandangan:

Post a Comment