Aku bertatih bukanlah kerana nama.. tetapi kerana akulah Serikandi Agama..

Tuesday, November 1, 2011

SEEKOR KUCING DI LENGAN BAJU

Kucing dikenali sebagai mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika, Felis silvestris lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba, di mana ia digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan roden yang lain. Hari ini kucing merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yang paling terkenal di dunia.


'Abdurrahman bin Shakhr ad Dausi yang lebih dikenali sebagai Abu Hurairah merupakan sahabat Rasulullah yang sangat menyayangi kucing  .Beliau memiliki seekor kucing kecil yang selalu diajak bermain-main pada siang hari atau ketika menggembala kambing-kambing milik keluarga dan kerabatnya, dan disimpan di atas pohon pada malam harinya. 

Di sebut dalam Sahihul Bukhari, bahawa pada suatu masa ketika Abu Hurairah bertemu Rasullullah beliau ditanya apa yang ada dalam lengan bajunya. Ketika beliau menunjukkan anak kucing yang ada dalam lengan bajunya Nabi SAW lantas memanggilnya, “Wahai, Abu Hir”. (Wahai Bapa Kucing). 

Selain Abu Hurairah, Rasulullah sendiri dikenali sebagai seorang yang sangat menyayangi kucing. Baginda semasa hayatnya memiliki seekor kucing yang di beri nama Mueeza. Di ceritakan pada suatu ketika Rasulullah hendak mengambil jubah baginda,  namun ditemui Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubah tersebut. Rasulullah telah memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubah milik baginda supaya kucing tersebut tidak terjaga daripada lenanya. 

Ketika baginda kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk sujud kepada tuannya. Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayang baginda dengan mengelus lembut ke badan kucing itu sebanyak 3 kali. Setiap kali Rasulullah menerima tetamu di rumah baginda, baginda selalu menggendong Mueeza dan meletakkan haiwan tersebut diriba baginda. Salah satu sifat Mueeza yang Rasulullah senangi ialah ia selalu mengiau ketika mendengar azan, dan suaranya kedengaran seolah-olah mengikuti lantunan suara azan. Baginda  turut berpesan kepada para sahabat supaya menyayangi kucing peliharaan, seperti menyanyangi keluarga sendiri.

Mereka juga haiwan yang pintar dan ada yang berkebolehan untuk menggunakan mekanisma ringkas seperti tuil pintu atau tandas manusia, seperti yang dijelaskan dibawah. Mereka berhubung dengan mengiau (“meow”/”miaou”), mengeluarkan bunyi ‘purrr’, berdesis dan juga isyarat anggota. Selain itu, kalangan sufi mempercayai, bahawa dengkuran nafas kucing memiliki irama yang sama dengan zikir kalimah Allah.Kucing boleh dikatakan baru lagi dijinakkan, oleh itu kucing juga boleh hidup di kawasan liar dan selalunya mereka akan membentuk satu koloni kecil.



Fakta-Fakta Menarik Tentang Kucing

*Tahukah anda, Sekiranya seekor kucing mempunyai bulu 3 warna, 99.97% pasti bahawa kucing tersebut adalah betina!. Dan walaupun sekiranya ia jantan (0.03%), maka 99.99% pasti bahawa ianya adalah mandul!. Justeru, jika anda mempunyai kucing jantan 3 warna yang jantannya tulen dan sejati, itulah kucing paling bernilai di dunia ini!


*Kucing boleh mengeluarkan lebih dari 100 bunyi,manakala anjing hanya boleh mengeluarkan 10.
*Kucing mempunyai 200 juta sel yang sensitif terhadap bau di hidungnya (40 kali lebih banyak dari manusia)
*Kucing adalah haiwan nokturnal,iaitu aktif diwaktu malam
*ing boleh membezakan warna ungu, biru, hijau dan kuning.
*Kucing adalah haiwan jenis karnivor
*Kucing mempunyai bulu yang berfungsi mirip seperti misainya di belakang kaki depan mereka
*Kucing punya 200 juta sel yang sensitif terhadap bau di hidungnya (40 kali lebih banyak dari manusia)
*Coklat boleh menjadi racun bagi kucing (kerana coklat memiliki bahan kimia theobromine)
*Aspirin boleh mendatangkan kematian bagi kucing (hati kucing tidak mampu melarutkan enzim untuk   metabolisme aspirin)
*Ada penyakit yang bernama jerawat kucing (feline acne)
*Ada penyakit mirip AIDS pada kucing yang disebabkan oleh FIV (Feline Immunodeficiency Virus)
*Kucing parsi adalah salah satu jenis kucing berbulu panjang yang paling tua dan popular
*Birman, kucing bermata biru ini dipercayai sebagai keturunan dari kucing kuil di Birma
*Kucing jenis Turkish Van menyukai air sampai kucing jenis ini mendapat nama julukan Turskish Swimming Cat
*Kucing boleh pulang ke rumah meskipun korang membuangnya beberapa kilometer dari rumah.
*Kucing punyai kebolehan menenangkan manusia (saat seseorang mengangkat kucing, tekanan darahnya turun dan denyut jantungnya menjadi stabil)
*Kucing adalah pemburu yang oportunis (burung, tikus, serangga, kodok, manapun yang lebih mudah diburu)
*Di zaman Mesir kuno, hukuman bagi mereka yang membunuh kucing adalah hukuman mati
*Kita masih lagi di zaman Mesir kuno, sekiranya ada kucing peliharaan yang mati, seluruh keluarga itu akan mencukur kening mereka sebagai tanda berkabung
*Kucing punya memori yang lebih baik dari anjing, monyet dan orang utan
*Jangan korang tak tau kucing pun ada yang kidal juga tau
*Kucing boleh melompat tujuh kali tinggi tubuhnya
*Kucing boleh lari sampai 50 km/jam
*Penglihatan kucing adalah enam kali lebih baik dari manusia pada waktu malam kerana taperum lucidum, sel khusus yang menyerap cahaya
*Kucing tidak mengiau kepada kucing sesuka hati yang kecuali pada waktu-waktu tertentu
*Kucing mandi (menjilat dirinya) setelah mengalami kejadian berbahaya atau untuk menenangkan diri
*Kucing tidak boleh berpeluh
*Kucing boleh mendengar ferkuansi tinggi sampai 65 kHz
*Jantung kucing berdegup dua kali lebih cepat dari manusia (110-140 denyutan perminit)
Suhu normal kucing adalah 38.6 darjah celcius
*Pemerintah terkenal dahulu kala Julius Caesar dan Napoleon menderita ailurophobia (iaitu takut terhadap kucing)
*Semua kucing lahir dengan mata biru
*Keluarga kucing adalah salah salah satu mamalia tertua
*Orang Mesir kuno percaya bahawa Bast(Dewi Matahari Dan Peperangan) adalah ibu dari semua kucing
*Kucing hitam pembawa sial adalah tahayul dari negara Amerika. Di Asia, kucing hitam dianggap pembawa keberuntungan
*Kucing dengan corak bulu calico dan tortoiseshell biasanya betina
*Kucing lebih senang kalau bermain dalam jumlah anggota genap
*Air kencing kucing bersinar dalam cahaya yang samar atau gelap
*Catnip (sejenis herba) sangat disukai kucing kerana baunya sama dengan bau kucing betina dominan
*Kucing boleh mendermakan darahnya untuk kucing lain
*Darah kucing kalau dipadankan dengan manusia adalah sama dengan darah manusia jenis AB
*Kucing memiliki kelopak mata ketiga yang disebut haw (bahasa inggeris)
*Kucing punya lapisan bulu asli di bawah bulunya
*Kucing melangkah dengan kedua kaki kirinya dulu, baru kedua kaki kanannya
*Felix the Cat adalah karakter kucing kartun pertama yang dibuat menjadi belon parade
*Florence Nightingale memelihara lebih dari 60 ekor kucing selama hidupnya
*Pada tahun 1888, 300000-an mumia kucing ditemukan di Beni Hasan, Mesir, dijual $18,43 perton, dikirim ke Inggeris untuk digiling dan dijadikan Bedak.

Diriwayatkan oleh Ibnu Umar, Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud:

“Seorang wanita masuk Neraka kerana seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan dan tidak membiarkannya makan serangga bumi.”

Sesungguhnya amatlah besar dosa seorang hamba yang menyeksa haiwan peliharaan, Wallahualam..






Apa kata anda:

0 pelajar nak bagi pandangan:

Post a Comment