Aku bertatih bukanlah kerana nama.. tetapi kerana akulah Serikandi Agama..

Saturday, October 1, 2011

USRAH- JAMBATAN HATIKU KE HATIMU

 Dah lama rasanya ana tak ambil walau sedikit kesempatan untuk menulis diruangan ini. Entah apa yang menghalang ana sehingga terkadang kaku apabila cuba menulis sesuatu disini..

"Kau sibuk sangat kowt... pasal tu lah dah tak 'menyengat' lagi kat blog.. penat sangat nak cari ilham"..

Barangkali ada betulnya juga kata-kata dari seorang rakan ini. Tapi, seketika teringat kembali kata-kata sahabat ana di dalam usrah muslimah:

Sibuk itu terbahagi kepada 3:

Sibuk dengan urusan akhirat
sibuk dengan dunia
sibuk tak buat apa-apa..



Dan..bila reflect kembali, kesibukan ana...... oh,,, rasa sebak tiba-tiba.... rasanya, jarang-jarang juga ana melibatkan diri dengan jenis sibuk yang pertama itu. Buat kesekian kalinya, halaqah usrah lah yang telah mengetuk pintu hati ana yang rasanya sekeras dan sedingin air batu..



USRAH..

Suatu ketika seorang sahabat menemui ana dengan wajah yang muram. Lalu dia berkata kepada ana;

"ana nak tarik diri dari usrah..." katanya memula bicara
"sebab?" ana sedikit terkejut. Tidak pernah terlintas bahawa dia akan berkata begitu..
sebab ana rasa terbeban dengan amanah ini, ana rasa ana terlalu lemah...apa pandangan enti?"

Buat sementara waktu, ana mendiamkan diri. Cuba mencari penjelasan yang cukup santai dan ringkas agar tidak mengguris hatinya. Petang itu cukup damai, kami duduk di bawah pepohon rimbun yang tumbuh di tepi kawasan riadhah muslimat. Ana mengutip sebatang lidi yang berserakan di bawah pohon itu.

"enti, kalau ana suruh enti patahkan lidi ni, boleh tak?"

"boleh, senang sahaja. tapi kalau nak patahkan seratus batang lidi yang dihimpunkan, dah tentu tak boleh"...

Katanya mengagak arahan ana yang seterusnya. Tepat sekali! ana tersenyum kepadanya. Dia terdiam lagi..

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian, 


Begitulah perumpamaan usrah.. usrah merupakan kekuatan kita.. dengan usrah, kita mampu saling ingat mengingati antara satu sama lain, berpesan-pesan ke arah kebaikan, dan menjauhi kemungkaran.

 


Ambillah ikhtibar daripada kisah lidi nan sebatang, demikianlah kita manusia, bila berjalan keseorangan menempuh kehidupan ini, jatuh kita tiada siapa yang akan datang membangkitkan semula... tidak ada siapa yang akan menuntun kita kembali ke arah jalan yang diredhai Allah.. tanpa disedari, kita hanyut dan terus hanyut.....kita leka dan terus-menerus sahaja terleka.Hakikatnya, hidup berjemaah adalah salah satu dari ajaran penting Islam. Sebahagian dari dalil-dalil yang menunjukkannya ialah sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Sesiapa yang meninggalkan berjemaah walau sejengkal, maka dia telah merungkai ikatan Islam dari tengkuknya.” (Riwayat At-Turmuzi, Hakim dan Ibn Hibban)



Imam Hasan al-Banna di dalam risalah usrahnya menyatakan :


“ Islam amat menitik beratkan pembentukan usrah dikalangan ahli-ahlinya dan mengarahkan mereka supaya menjadi model dan contoh terunggul, menguatkan ikatan mereka dan mengangkat tahap persaudaraan mereka dari perkataan dan teori kepada perbuatan dan praktikal..”


Dalam ungkapan lain. Beliau mengulas akan keutamaan usrah katanya :


“ Jika kalian telah menjalankan kewajipan-kewajipan tersebut, baik yang bersifat individu,kolektif, atau kewangan, maka rukun-rukun sintem ini pasti akan tercapai. Namun, jika tidak optimis, akibatnya usrah akan terus lemah dan mati. Matinya usrah merupakan satu kerugian sangat besar kepada dakwah kerana usrah adalah harapan islam dan umat Islam..”




Ana sempat membuat sedikit bacaan berkenaan kepentingan usrah. Di sini, ana kongsikan sedikit maklumat itu:

Apakah kepentingan usrah kepada dakwah dan amal berorganisasi ?

1.Ia adalah pusat asuhan yang menyuburkan atmosfera ukhuwwah, menyegar iman para anggotanya, menambahkan keupayaan mereka dan mendorong amal.

2.Usrah adalah platform perbincangan isu-isu Islam dan umat Islam dan setiap anggotanya mengetahui peranannya terhadap Islam dan umat.

3.Usrah adalah sekolah atau madrasah pengajian ilmu. Di sinilah ahlinya menimba ilmu dan pengetahuan yang pelbagai berkaitan ulum syarak.

4.Ia adalah pusat ahli menerima bimbingan dan tarbiyah islam yang syumul, bersepadu dari aspek ruhi, maknawi, haraki, fikri, thaqafi ,akhlak..di samping wasilah-wasilah tarbiyah yang lain.

5.Usrah adalah tulang punggung kekuatan organisasi kerana dari sinilah ahlinya menerima arahan pimpinan, berita, aktiviti, pendirian organisasi di samping dia dapat menyatakan pandangan, persoalan dan buah fikiran.

6.Ia adalah unit gerakan bagi ahli melaksanakan peranan dakwah, pusat pengumpulan dan pemilihan ahli ke sof dakwah.

7.Usrah adalah tempat pertemuan para da’ie untuk memahami kefahaman dan kesedaran haraki selari dengan manhaj amal yang digariskan. Di sinilah mereka memahami fiqh dakwah dan fiqh harakah.

8.Usrah merupakan pusat bergerak seorang dai’e bagi menjayakan agenda dakwah dan memenangkannya.Di sinilah daie itu menerima arahan, tanggungjawab, perbincangan penyelesaian masalah bersama murabbinya dalam kerja dakwah dan amal islami.

9.Usrahlah mencetak para kader dan ahli dari biasa menjadi luara biasa..dari zero menjadi hero..menjadi figur digelanggang umat dan negara..memimpin perubahan..mengepalai satu kebangkitan..mencipta peradaban sebagaimana para sahabat, tabiin dan salafussoleh, imam al-Bana, Syed Qutb, Hasan Hudhaibi, Syeikh Ahmad Yasin, Rantisi, Ismail Haniyeh, Qardhawi…lain-lain lagi.

Sama ada sedar atau tidak, sebenarnya usrah bukan sahaja suatu tuntutan, tetapi juga keperluan. Sesungguhnya usrah merupakan jambatan hati yang terdekat untuk mengembangkan dakwah islamiah, dan menanamkan kerinduan kepada Pencipta bagi hamba-hambaNya. Usrah adalah satu liqa tarbawi,imani,ukhawi,thaqafi,tanzimi bagi menyuburkan cinta kita kepadaNya.

Usrah itu indah, jom usrah!



Apa kata anda:

0 pelajar nak bagi pandangan:

Post a Comment