Aku bertatih bukanlah kerana nama.. tetapi kerana akulah Serikandi Agama..

Sunday, July 31, 2011

RAMADHAN DAN KITA

31 Julai 2011,
Sya'aban terakhir..

Sudah lama rasanya tidak mencoretkan sesuatu di teratak ini. Fuhh,, nasib baik tak pandai nak berhabuk blog ni, kalau tak tentu habuknya dah seinci dek kerana pemiliknya sudah lama tak update blog. Hehehe.... menurut fiqh al-aulawiyat, perkara yang lebih penting perlulah di dahulukan.. maka, sebelum coretan ini di panjangkan, tidak terlewat rasanya ana mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat semua muslimin dan muslimat khususnya di tanah air tercinta. ^__^








SEBUAH KISAH MENJELANG RAMADHAN


Jalan 'jamm' teruk,, ana mengeluh sendiri. kaki sudah lenguh berdiri menunggu KTM menurunkan ana di destinasi pilihan. Bukan jalanraya saja yang jamm kali ni, tapi dalam KTM pun jamm juga. Manusia berhimpit-himpit, berpusu-pusu memasuki KTM, yang keluar hanya ada seorang dua di setiap perhentian. Dalam hati cuma berdoa, Ya Tuhanku, permudahkan segala urusanku untuk bertemu saudara kandungku...

Kakak,

Semenjak dia menjalani praktikum, jarang sekali ana dan dia dapat bersua muka. Menyapa hanya lewat telefon. Akaun fb nya? sudah ditutup. Akur, dia punya tugas tambahan sebagai warden asrama di sekolah tempatnya berpraktikum. Ana memandang keluar jendela KTM yang sangat terhad, tiada apa yang menarik tambahan lagi dengan suasana yang berhimpit-himpit di dalamnya. Jika tidak kerana urusan sepenting ini, ana lebih suka menjadi penunggu setia bilik asrama yang satu, lagipun tetamu ramadhan bakal tiba. Moleklah bilik itu di susun atur semula. Biar sedap mata memandang.. Walaupun, tidaklah sebahagia 'home sweet home...'


Keluar jam 3 petang, tiba di ibu negara pukul 5.30 petang, dan sampai di lokasi penginapan pada jam 7.15.. Suasana di Kuala Lumpur sesak, ramai yang mengatur langkah pulang ke rumah menjelang senja, ada yang shopping untuk hari raya....

Hari Raya?

Begitulah, seminggu sebelum ramadhan lagi ana lihat banner jualan mega hari raya terpampang di mana-mana pasaraya.. dan ramadhan?? tidak ada siapa yang merindui ramadhan sama seperti kerinduan untuk bertemu hari raya. Untuk pulang ke kampung halaman. Ramadhan tiba dengan menawarkan keampunan dan pahala berganda, tetapi manusia majoriti lebih rindukan biskut raya daripada lailatul Qadr...sedangkan....


perbandingan di antara Ramadhan dan Hari Raya

BilRamadhanHari Raya
1Tempoh sebulanHanya sehari (ziarah tak kisah berapa lama pun)
2Ada LailatulQadarTiada
3Turunnya al-QuranTiada
4‘Ramadhan’ disebut dalam al-QuranTiada
5Pahala 1fardhu=70 kebajikanSeperti hari lain
6Pahala 1 kebajikan=1 fardhuSeperti hari lain
7Pintu syurga dibuka,
pintu neraka ditutup
Seperti hari lain
8Syaitan dibelengguSyaitan berkeliaran
9Rahmat, pengampunan,
terbebas dari Neraka
Seperti hari lain
10Seribu satu  kelebihanSeperti hari lain




Demikianlah indahnya ramadhan, sehinggakan bulan ini lebih layak dirindui berbanding bulan syawal.para salafussoleh cukup gembira apabila datangnya Ramadhan, cukup dukacita apabila Ramadhan berlalu. Mereka menyambut Hari Raya pun dengan cukup sederhana. Yang penting Ramadhan telah dilalui dengan cara paling dikehendaki oleh Allah. Hati telah dibersihkan. Jiwa lebih hampir kepada Allah. Bekalan Akhirat sudah dibawa semampu mungkin.



Diceritakan bagaimana seorang lelaki masuk kepada Saidina Ali di Hari Raya. Hanya beberapa keping roti keras pada hidangan. Lelaki tersebut bertanya Saidina Ali: ‘Hari Raya dan hanya roti-roti keras wahai Amirul mukminin?’ Saidina Ali menjawab, di antara katanya: ‘Setiap hari adalah Hari Raya bagi orang mukmin jika tidak menderhakai Allah.’ Satu jawapan paling tepat dari menantu seorang Nabi paling mulia yang memahami hakikat Hari Raya. Tentunya Saidina Ali meraikan Ramadhan lebih dari Hari Raya.

Hari Raya juga bukan hanya bermakna kuih Raya, baju Raya, kasut Raya, langsir Raya atau perabut baru raya. Juga bukan hanya bermakna konsert Raya, tayangan sempena Hari Raya atau lagu Raya.

Apa yang disebut oleh Saidina Ali ialah satu ucapan dari mulut khazanah ilmu yang diakui oleh Nabi Muhammad saw sendiri.

Malangnya menjadi trend sebahagian  umat Islam meraikan Hari Raya dengan cara melampau-lampau, bahkan sehingga mengadakan bid’ah dhalalah pada hari Raya seperti konsert Raya, tayangan Raya, lagu Raya dan lain-lain kemungkaran yang disandarkan kepada Hari Raya. Sedangkan Hari Raya Aidil-Fitri itu bermaksud hari untuk seorang mukmin kembali kepada fitrah semulajadinya selepas sebulan menjalani latihan taatkan Allah dan sebagai hari meraikan kemenangan melawan nafsu selama sebulan.

Marilah kita memahami hakikat Ramadhan dan Hari Raya menurut perspektifnya yang sebenar, melalui kacamata syarak, bukannya kacamata media massa atau akal dan nafsu semata-mata, supaya kita tidak dimurkai oleh Allah selepas sebulan kita berhempas-pulas diajar untuk taat kepada Allah.



Apa kata anda:

0 pelajar nak bagi pandangan:

Post a Comment