Aku bertatih bukanlah kerana nama.. tetapi kerana akulah Serikandi Agama..

Monday, May 16, 2011

SEBUAH HIKAYAT HARI GURU

Selamat Hari Guru.. ^_^ buat semua guru dan bakal guru seluruh dunia.. Sedar tak sedar, ana kini telah melangkah ke semester II dalam persediaan untuk mejadi seorang pendidik. Kali kedua ana menyambut Hari Guru, bukan hanya sebagai pelajar, tetapi juga sebagai bakal guru di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam..Kalau dulu, bunga mawar di halaman rumahlah yg selalu menjadi mangsa ana setiap tibanya hari guru, now, i wonder, siapa agaknya yang sudi bagi ana bunga dari halaman rumah dia.. hehehe...







Banyak perkara yang telah berlaku dalam tempoh hampir setahun ini.. Semenjak bergelar guru pelatih, ana akui, ana turut mengalami perubahan yang agak drastik, .kehidupan sebagai seorang bakal guru telah menjadi medium untuk ana membuat anjakan paradigma dalam pelbagai sudut.. Disini, barulah ana faham, apa sebenarnya erti pengorbanan yang dilakukan oleh seorang guru demi anak-anak muridnya.. Berhadapan dengan cemuhan.. dan pandangan serong pelbagai pihak termasuk ibubapa dan pelajar, pengorbanan mental dan fizikal, mencari yang terbaik untuk mencurah yang terbaik demi anak bangsa, walaupun terpaksa mengenepikan kepentingan diri, semuanya bukan mudah untuk dihadapi  jika seseorang itu tidak memiliki jiwa dan perasaan sebenar seorang guru..




"the wonder of teaching is watching the caterpillars become butterflies"- Anonymous..

Sedang tercari-cari gambar yang sesuai untuk post kali ini, ana terjumpa quote ni.. Benarlah apa yang di katakan.. Kami para guru tidak meminta apa-apa penghargaan daripada anak didik di luar sana, apa yang menjadi kepuasan kami cukuplah sekadar melihat murid-murid berjaya dalam hidupnya. Bagi kurang atau tidak berjaya di sekolah kehidupan, seorang guru pastinya akan sentiasa ada untuk terus memberi motivasi kepada insan bergelar pelajar, itulah guru..

Ini lagu tema Hari Guru Kebangsaan 2011.. ^__^


GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA


Bersatu kita menuju paradigma yang baharu
Satu tekad dan harapan menyahut cabaran dunia
Pendidik berkualiti demi mencapai visi
Dengan azam yang murni membentuk akhlak terpuji

Guru mendidik insan dengan setulus hati
Membimbing generasi masa depan
Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
Menjayakan hasrat yang murni Satu Malaysia

Pendidik berinovasi menghasilkan kreativiti
Bersedia hadapi cabaran
Arus tanpa sempadan

Pendidik yang berkualiti
Membentuk akhlak terpuji
Mengimbangkan rohani
Jati diri dan jasmani

Guru mendidik insan dengan setulus hati
Membimbing generasi masa depan
Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
Menjayakan hasrat yang murni Satu Malaysia
Satu Malaysia... Satu Malaysia






Dan tuan rumah tahun ni? Kuching, Sarawak ( room mate ana bangga giler hometown dia jadi tuan rumah..haha).. Teringin nak pergi tengok.. Well, memandangkan duit x cukup nak pergi Kuching, akhirnya ana celebrate Hari Guru dalam kampus je...huhuhu~






dan.... ini pula logo sambutan hari guru 2011:




Bagi ana dan rakan-rakan IPG yang lain, sama-samalah kita tunggu sambutan kemuncak di IPG kita nanti ye... ^__^

Okay la, puas bercerita tentang hari guru, nak bagi tahu follower juga.. yang sekarang ni ana dan rakan-rakan semua sedang dilanda wabak....guess what?? haha...




Exam fever... Isnin lalu sudah berlalu paper English Language... Khamis ni, Bahasa Arab pula, kemudian akan menyusul PA 1 & 2.. lepas tu.....Hehe..naik belon pulang Sabah.. ^__^..  really2x miss my hometown..hehehe.... Kota Kinabalu, nantikan kepulanganku~



Hehe.. sekarang nak ulang kaji plak.. until then, wish me luck.. =).. Ohh..ya, sebelum tu, ada sedikit titipan buat semua insan bergelar guru..


Guru Oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


Hasil Nukilan: Usman Awang (1979)

 sejak berkenalan dengan sajak ni dalam usia 11 tahun, hasil nukilan Allahyarham Usman Awang
ni tetap jadi ranking first dalam banyak2 sajak kegemaran ana.. dan lagu ni.. selalu di ulang2 dalam ingatan tiap kali menjelang hari guru..:



Lilin Seorang Guru


Pernah langkah ku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku 
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

Ohoo… aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan, beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasih-Mu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini


Selamat Hari Guru buat semua guru di Malaysia..dan buat guru pertama yang menguatkan ana hidup sebagai seorang manusia pada hari ini... Ibu ana, Norsiah Binti Mu'min...

Syukran Ummi... Im proud to be your student.. Thank God, Im her daughter.. =')





Apa kata anda:

0 pelajar nak bagi pandangan:

Post a Comment