Aku bertatih bukanlah kerana nama.. tetapi kerana akulah Serikandi Agama..

Thursday, May 26, 2011

TEMPAT JATUH LAGI DI KENANG, INIKAN PULA TEMPAT BERLARI




Ucapan khas buat rakan seperjuangan di bumi tarbiyah IPG KPI, dan semua sahabat IPG serta sesiapa sahaja yang bakal bercuti tidak lama lagi. Semoga cuti kita pada kali ini dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat di samping dapat melepaskan kerinduan terhadap keluarga tersayang.







Memang banyak plan yang ana dah rancang untuk mengisi masa percutian selama 3 minggu ini.Maklumlah, jarang-jarang dapat pulang ke negeri sendiri semenjak bergelar pelajar IPG.. hehe.. Mulanya agak terkilan, sebab tak sempat nak jumpa adik-adik TUNAS dalam program yang diaturkan oleh batch ana. Mungkin ada hikmahnya.. =).. Semoga Berjaya untuk adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan PMR & SPM tahun ini, pesanan akak, semoga kalian memanfaatkan setiap masa dan detik yang dipinjamkan oleh Sang Maha Pencipta; 

DOA+USAHA+ISTIQAMAH+TAWAKKAL=INSYA ALLAH, NAJAH FII DUNIA WA AKHIRAT..

Sudah agak lama tidak menjejakkan kaki ke sekolah itu.. rindu juga dengan tarbiyah bumi TUNAS yang sentiasa meriah dengan biah solehah dan majlis-majlis ilmu. Ana benar-benar merasa hikmah di sebalik perpindahan ana ke TUNAS yang dahulunya lebih dikenali sebagai SEMAI.

Kalau dulu, datang dengan perasaan sedih, sebab terpaksa tinggalkan SMAS.. akhirnya meninggalkan sekolah yang banyak mengajar ana erti kehidupan insani di bumi milik Illahi dengan hati yang bercampur-baur perasaannya.. gembira kerana diberi peluang menjadi pelajar SEMAI, sebak kerana selepas keluar dari pagar sekolah itu, ana dan rakan-rakan bakal berpisah dan membawa haluan masing-masing..tiada lagi perjumpaan batch.. tiada lagi senda gurau dan gelak ketawa bersama.. tiada lagi study group untuk menghadapi 'perang' SPM...tiada lagi tarbiyah yang diikuti bersama-sama di SEMAI. Namun, apa yang pasti, ukhuwwah yang terbina tidak pernah surut kemanisannya, sentiasa bercambah, dan berbuah lagi sepertimana ia kukuh di SEMAI sewaktu pertama kali kami bersua muka..



pemandangan di SMAS



Benar, hakikatnya, setiap apa yang berlaku itu mempunyai 1001 hikmah yang kita sendiri tidak ketahui.


Ketika ana melangkahkan kaki meninggalkan bumi SMAS, ana turut meninggalkan sahabat seperjuangan yang paling akrab sepanjang hidup ana, dari bangku sekolah rendah, sehinggalah usai menduduki ujian penilaian menengah rendah. Dialah yang selalu tercongok di bilik rawatan asrama ketika ana di uji dengan penyakit, dia juga yang berjaga malam, menemankan dan membimbing ana dalam matapelajaran Matematik yang merupakan mata pelajaran kritikal ana sewaktu PMR dahulu, dan, pada saat akhir, dialah juga yang berkejar ke Lapangan Terbang untuk bertemu ana sebelum berangkat pindah ke Kota Kinabalu.

Bumi SMAS ini jugalah yang mempertemukan ana dengan seorang yang ana kagumi, Tn. Haji Anwar B. Ahmad. Pertama kali mengenali beliau sebagai pengetua di sana, kini kami bertemu lagi di IPG KPI, sebagai seorang penuntut dengan timbalan pengarah kampus. Sungguh, suatu pertemuan yang tidak di sangka-sangka. Ana masih ingat lagi, betapa beliau sanggup meronda persekitaran sekolah pada waktu malam dengan basikalnya semasa waktu prep dijalankan, duduk dan beratur untuk makan di dewan makan Siti Khadijah semata-mata untuk memastikan keselesaan murid-murid. Banyak mengeluarkan perbelanjaan untuk keselamatan dan kemudahan kami.

"Beyond Excellent", itulah slogan yang selalu beliau bawa ke mana-mana. Hatta di Ipg Kpi ini sekalipun.

Jika hendak di nilai dan diamati, fasiliti yang ada di SMAS jauh bezanya dengan kesederhanaan fasiliti yang ada di SEMAI. Masih ana ingat lagi ketika ibubapa seorang junior sempat mengeluh melihat keadaan asrama sekolah kami yang kelihatan usang di mamah usia itu.Berbeza dengan SMAS, sebuah SMKA di negeri bawah bayu yang seringkali di puji kerana keindahan landskap, bangunan sekolah yang gah, dan diiktiraf sebagai sekolah terluas di Sabah.


pelajar SEMAI 08-09


SEMAI bukan terkenal kerana keindahan seperti itu. Malahan, mungkin juga yang terkebelakang sekali berbanding enam lagi SMKA lain seluruh Sabah, tetapi apa yang membuatkan nama SEMAI dikenali adalah disebabkan dengan sahsiah pelajar-pelajarnya. Ana sendiri benar-benar dapat merasai keramahan dan santun bicara teman-teman di sini.

Setiap tahun, kami akan meraikan Bulan Sahsiah dengan tema yang berbeza yang di himpunkan menjadi satu ayat, kemudiannya di tanamkan dalam hati dan minda kami. Sepanjang yang ana ingat, sehingga batch ana berada dalam tingkatan 5, ana sempat menghafal bait-bait sahsiah  berbunyi: 

SAMI'NA WA ATHO'NA, WALADUN SOLIHUN, SOHIBUL IMTIYAZ. AL-AMIRUNA BIL MA'RUF
maksudnya: kami dengar, dan kami patuh, anak yang soleh peneraju kecemerlangan yang menyeru kepada kebaikan 

Itulah kelebihan yang cukup istimewa di SEMAI. Sehinggakan, apa yang ana perhatikan, pelajar yang selalu melanggar peraturan dan terlibat dengan kes disiplin sekalipun, tidak pernah bersikap biadap terhadap guru-guru, malah jika di arahkan membantu para guru, pelajar-pelajar ini ringan tulang memberi khidmat dengan keikhlasan. Paling kurang pun, ada sesetengah yang bermasam muka dengan senior apabila berlaku perselisihan faham. Tetapi, cepat sahaja terlerai oleh budaya bermaaf-maafan yang di amalkan di sini.

Nak cakap pasal kes disiplin? kes disiplin yang paling berat di SEMAI adalah kes couple, ponteng solat jemaah.. dan suatu perkara yang dianggap 'jenayah' juga bagi pelajar lelaki adalah... masbuq solat...Begitulah indahnya guru-guru SEMAI mentarbiyah pelajar-pelajarnya.


Ibnu Rusyd: 2008-2009
Bagi kami para pelajar SEMAI, kekurangan fasiliti yang ada di SEMAI menjadi suatu kelebihan pula. Ada sahaja idea-idea kreatif untuk menutup kekurangan dan kelemahan. Indahnya hidup berukhwah, saudara seislam akan menutup kekurangan saudaranya yang lain. Dalam kekurangan yang kami hadapi, kami sempat mengaturkan majlis-majlis rasmi dan aktivti berbentuk tarbiyah ruhaniyah, jasadiah dan program ilmiah yang dihadiri oleh orang-orang kenamaan, tanpa perlu guru-guru turun tangan menyiapkan itu dan ini. Sesuatu yang tidak ada di SMAS dahulu, pengalamannya ana kecapi di sini. Sesuatu yang indah dan terpahat dalam kenangan selama-lamanya, kerana ianya terbina berpaksikan ukhwah.. ukhwah antara kami yang begitu indah, walaupun kini  dipisahkan jarak dan masa...


dalam kenangan: Allahyarham Mohd Alif  Bin  Jalil

 Apabila salah seorang daripada kami pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya, seluruh warga sekolah turut merasai kehilangannya termasuklah senior, junior, guru-guru, pengetua dan staf-staf sokongan..Peristiwa pagi 16 April itu mengejutkan kami semua. Dia... sahabat kami dari Ibnu Rusyd pergi menyahut seruan Illahi... Sukar untuk menerima kenyataan yang begitu memilukan, apabila sahabat sepermainan tiba-tiba meninggal dunia dalam satu kemalangan jalanraya yang tidak disangka-sangka.. Semoga roh arwah ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman.

Jika hendak dihitung dan dikira satu-persatu, tentulah terlalu banyak yang ana telah  pelajari di sekolah kehidupan ini, bermula daripada kelahiran, sehinggalah sudah pandai bertatih kini, hatta sejenak kehidupan di sekolah telah banyak mendewasakan ana.. semuanya bukan mudah jika tidak dengan izinNya. 

Tuhanku, terima kasih kerana Engkau telah membenarkan aku hidup dan bernafas dalam sebuah kehidupan insani.. di mana diriku dengan penuh rasa hina dan rendah diri mengakui bahawa Engkau Tuhan, dan aku hambaMu..









Apa kata anda:

2 comments:

  1. waaaaaa....terharu gla sy baca entry ni...:'(

    mmg terkena dihati la...mmg bla kuar dr semai baru kita sedar betapa bnyknya manfaat yg kt perolehi...huhuhuhu...rindu suasana semai dlu....

    ReplyDelete
  2. rinduuu....2la..kdg2 kita x sedar ikmat n rahmat dari Tuhan tu ada di sekeliling kita..tapi, bila hilang, bru trasa...

    ReplyDelete