Aku bertatih bukanlah kerana nama.. tetapi kerana akulah Serikandi Agama..

Sunday, May 22, 2011

CALVARY CONVENTION CENTER, GEREJA TERBESAR YANG SEDANG DI BINA DI MALAYSIA?


Terkedu, tergamam, tersentak, terrr... macam-macam reaksi ana apabila pertama kali mendengar perkhabaran tentang gereja berkonsepkan freemansonary ini sedang di bina di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Dipercayai, apabila kerja-kerja pembinaan gereja ini selesai sepenuhnya, maka kompleks gereja setinggi 6 tingkat yang sedang dibina di kawasan seluas 600,000 kaki persegi  oleh Nam Fatt Construction Sdn. Bhd  ini akan menjadi gereja yang terbesar di asia dan kos pembinaannya pula mencecah 100 juta ringgit!

Cerita seorang kawan:

..."Pada petang semalam, saya sedang memandu kereta dari Puchong menuju ke Bukit Jalil. Saya teruja dengan satu papan tanda di tapak pembinaan berhampiran dengan Taman Awam Bukit Jalil yang berbunyi: "adanya Harapan".."There is hope".Saya teruja dengan slogan papan tanda itu dan memberhentikan kereta untuk melihat sendiri apakah makna slogan tersebut. Di sebelah papan tanda itu,tiang-tiang sedang dicacakkan menandakan satu projek pembangunan akan dilaksanakan.

pandangan atas yang jelas menampakkan slogan "adanya harapan" di tapak
pembinaan CCC


Sekembalinya ke rumah, saya membuka alamat website yang dicatatkan di papan tanda tersebut untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang apakah binaan yang sedang giat dilaksanakan itu. Apa yang mengejutkan, laman tersebut merupakan laman Gereja Calvary Malaysia, beralamat di Calvary Church, 2 Jalan Damansara Endah, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur, Malaysia.

Di bawah tajuk Calvary Convention Centre (CCC) dalam laman tersebut, saya menjumpai apa yang saya cari sebelum ini. Rupa-rupanya apa yang saya lihat petang itu merupakan satu projek pembinaan Pusat Konvesyen Majlis Gereja Calvary.




Beginilah bentuk model Calvary Convention Centre (CCC) jika siap sepenuhnya. Bentuk yang paling moden dengan peralatan yang serba moden. Mampu menampung lebih 5,000 penganut Kristian untuk latihan agama Kristian di Malaysia. Laman itu menyebut CCC dibina untuk menampung kegiatan Gereja Calvary yang holistik, untuk peringkat dalam negara dan luar negera. Auditoriumnya memuatkan 5,000 kerusi untuk kegiatan pendidikan dan latihan Kristian khusus untuk golongan muda di Malaysia.

The Calvary Convention Centre (CCC) is a unique convention centre that is dedicated to the pursuit of holistic activities.

These activities include the hosting of international, regional and national
conventions, banquets, seminars, musical and creative arts productions, as well as the provision of educational and vocational training, and spiritual development that aims to develop our nation  young, and people of all ages and from all walks of life into useful and exemplary citizens of Malaysia.

The CCC, when completed, will be a 6-storey multiplex, comprising of a 5,000 seat auditorium and an educational and training annex, with a total built up area of about 600,000 sq. ft. It will have facilities that are unique and dedicated to enhancing the convention and educational requirements.

Setelah selesai meneroka di internet tentang Calvary Convention Center, beberapa persoalan terus berlegar-legar di minda saya;

pertama:Sekiranya sebesar itu Persatuan Gereja Calvary akan membina pusat konvesyen mereka, apakah nasib generasi muda Malaysia akan datang? Apakah golongan muda Melayu akan diKristiankan secara besar-besaran pada masa akan datang ?

Fakta mengenai populasi penduduk Malaysia Tahun 2010: 

AGAMA PERATUSAN (%) 
ISLAM 60.4 
BUDDHA 19.2 
KRISTIAN 9.1 
HINDU 6.3 
LAIN-LAIN 5.0


kedua: Wajarkan Majlis gereja Malaysia membina pusat konvesyen sebesar itu sedangkan penganut mereka hanya 9.1 peratus di negara ini ? 

Ketiga: Kalau 9.1 peratus, mereka ingin tampung siapa di pusat konvesyen itu ? "....

demikianlah cerita panjang lebar seorang rakan berkenaan pusat konvensyen kristian yang bakal berdiri berhampiran antara Bukit Jalil Golf & Country Resort dan Stadium Putra Bukit Jalil ini. Bagi ana sendiri, kalau tengok balik gambar yang ditunjukkan oleh rakan ana ini, CCC ni  nampak macam stadium jugalah. Hmmm...tambah lagi satu persoalan;

Apakah rahsia di sebalik reka bentuk gereja yang nampak seperti stadium yang moden ini? dan, apa pula kaitannya dengan Freemanson?





adakah rekabentuk ini hanyalah suatu bentuk transformasi?


Gambar di bawah akan menjelaskan persoalan tentang rekabentuk CCC yang kelihatan moden ini:


See?? nampak sangat kaitannya dengan Freemanson, dan kalau di kaji dan diamati lagi, 'Calvary' ni memang ada kaitan dengan gerakan Freemanson. Klik link di bawah untuk mengetahui dengan lebih jelas tentang gerakan Freemanson dan dajjal:





Menurut sejarah Calvary Church, pada tahun 1968, hanya terdapat 168 orang pengikut sahaja. Pada tahun 2008, jumlah itu telah meningkat kepada 10,200 orang. Mampukah umat Islam menghadapi cabaran dari CCC ini?

Renung dan Fikir-fikirkan....



Apa kata anda:

5 comments:

  1. ini ke rupa kerajaan yang nak tegakkan agama islam? ini kerajaan yang nak kita pertahankan? tunggu azab Allah pasti datang

    ReplyDelete
  2. awak pendidik? tak caya le. apa subjek yang awak ajar? kebencian 101?

    ReplyDelete
  3. Bacalah fakta yang betul kat sini

    http://ikanlepu.blogspot.com/2011/06/cavalry-convention-centre-gereja.html

    sebelum nak menuduh. Guru OH guru, janganlah tersalah didik anak murid mu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kepada yang tidak bernama,
      pertama sekali, terima kasih atas kesudian bagi link di atas, menarik faktanya.
      Yang kedua, fakta yang saya bentangkan disini begitu ASAS sekali,TANPA MEMENANGKAN atau MENJATUHKAN MANA-MANA PIHAK POLITIK.Menyentuh bab politik dalam penulisan ini sahaja, jauh sekali. Jadi, mohon kepada anda, silalah BERSIHKAN fikiran anda sebelum menilai corak penulisan saya. Apa yang saya nampak, dalam penulisan ini bukan saya yang menuduh, justeru anda lah yang menuduh saya mengajar subjek yang bukan2...

      Delete
  4. Risau pasal gereja jgn pula lupa g subuh berjemaah ye. Jom kita g ramai2 berjemaah mlm ni. inshaallah.

    ReplyDelete