Aku bertatih bukanlah kerana nama.. tetapi kerana akulah Serikandi Agama..

Friday, April 22, 2011

ENJIT-ENJIT SEMUT...SIAPA SAKIT NAIK ATAS..


Semut!!!

Hairan juga dengan keberadaan serangga kecil ini di bilik ana.. Ada saja di mana-mana.. inilah salah satu masalah yang di hadapi oleh pelajar IPG KPI.. berperang dengan semut..hehe...nak kata ada benda-benda manis kat bilik, rasa-rasanya, tak ada..hmm..selidik punya selidik, rupa-rupanya semut-semut ni kerja overtime.. mineral water yang tumpah di lantai pun dia sapu ..haihh...kadang-kadang geram juga jadinya bila tetamu tak di undang ni buat operasi kat bilik..maka, ada sahaja idea-idea kreatif yang timbul untuk menghalau si pekerja overtime..huhu...



Ditakdirkan Allah, tiba-tiba suatu hari ana tergerak untuk membaca kembali kisah Nabi Sulaiman yang pernah berdialog dengan Jeneral Semut.. tanpa membuang masa, malam itu terus ana gagahi untuk mencari kisah tersebut.. Alhamdulillah, setelah page demi page di lawati, maka bertemulah ana dengan kisah yang di cari-cari:



Kisah 1

Kerajaan Nabi Sulaiman AS dikala itu sedang mengalami musim panas yang begitu panjang. Lama sudah hujan tidak turun membasahi bumi. Kekeringan melanda di mana-mana. Baginda Sulaiman AS mulai didatangi oleh ummatnya untuk meminta pertolongan dan memintanya memohon kepada Allah SWT agar menurunkan hujan untuk membasahi kebun-kebun dan sungai-sungai mereka. Baginda Sulaiman AS kemudian memerintahkan satu rombongan besar pengikutnya yang terdiri dari bangsa jin dan manusia berkumpul di lapangan untuk berdo'a memohon kepada Allah SWT agar musim panas segera berakhir dan hujan segera turun.

Sesampainya mereka di lapangan Baginda Sulaiman AS melihat seekor semut kecil berada di atas sebuah batu. Semut itu berbaring kepanasan dan kehausan. Baginda Sulaiman AS kemudian mendengar si semut mulai berdoa memohon kepada Allah SWT :

 "Ya Allah pemilik segala khazanah, aku berhajat sepenuhnya kepada-Mu, Aku berhajat akan air-Mu, tanpa air-Mu ya Allah aku akan kehausan dan kami semua kekeringan. Ya Allah aku berhajat sepenuhnya pada-Mu akan air-Mu, kabulkanlah permohonanku",  Mendengar doa si semut maka Baginda Sulaiman AS kemudian segera memerintahkan rombongannya untuk kembali pulang ke kerajaan sambil berkata pada mereka, "kita segera pulang, sebentar lagi Allah SWT akan menurunkan hujan-Nya kepada kalian. Allah SWT telah mengabulkan permohonan seekor semut". 



Kisah 2


Suatu hari ketika Baginda Sulaiman AS sedang berjalan-jalan, baginda melihat seekor semut sedang berjalan sambil mengangkat sebutir buah kurma. Baginda Sulaiman AS terus mengamatinya, kemudian beliau memanggil si semut dan bertanya, "Hai semut kecil untuk apa kurma yang engkau bawa itu?." 

Si semut menjawab, 

"Ini adalah kurma yang Allah SWT berikan kepada ku sebagai makananku selama satu tahun". 

Baginda Sulaiman AS kemudian mengambil sebuah botol lalu ia berkata kepada si semut,

" Wahai semut kemarilah engkau, masuklah ke dalam botol ini aku telah membahagikan kurma inikepada dua bahagian dan akan aku berikan separuhnya padamu sebagai makananmu selama satu tahun. Tahun depan aku akan datang lagi untuk melihat keadaanmu. Si semut taat pada perintah Nabi Sulaiman AS. 

Setahun telah berlalu. Baginda Sulaiman AS datang melihat keadaan si semut. Baginda melihat kurma yang diberikan kepada si semut itu tidak banyak berkurang. Baginda Sulaiman AS bertanya kepada si semut,

" hai semut mengapa engkau tidak menghabiskan kurmamu?"
" Wahai Nabi Allah, aku selama ini hanya menghisap airnya dan aku banyak berpuasa. Selama ini Allah SWT yang memberikan kepadaku sebutir kurma setiap tahunnya, akan tetapi kali ini engkau memberiku separuh buah kurma. Aku takut tahun depan engkau tidak memberiku kurma lagi kerana engkau bukan Allah Pemberi Rezeki (Ar-Razak)", 

jawab si semut.



Kisah 3

Pada suatu hari, Nabi Sulaiman menghimpunkan bala tentera baginda yang terdiri daripada golongan manusia, jin, dan haiwan dalam satu barisan yang tertib untuk pergi ke suatu tempat, sehinggalah mereka melalui suatu lembah, Nabi Sulaiman terjumpa sekumpulan kecil semut. Semut itu berkata kepada kumpulannya:




"wahai sahabat-sahabatku, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak di pijak oleh Sulaiman dan tenteranya yang tidak menyedari keberadaan kamu”.

Maka baginda  tertawa kerana (mendengar) perkataan semut itu lantas berdoa:

“Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua kedua ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu  ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh”.



Subhanallah...

Betapa besar kuasaNya.... sungguh, ana malu dengan semut-semut kecil yang begitu taat kepada Allah dan nabiNya..Sesungguhnya, kisah-kisah ini telah memberikan inspirasi kepada ana.. tidak hairanlah Allah SWT banyak menyebut nama serangga kecil ini di dalam kitab suci Al-Quran bahkan merangkumkan kisah dan iktibar daripada semut dalam satu surah..

Dan, apabila kita teliti dan menghadam surah ini, terdapat banyak iktibar dan pengajaran yang terkandung di dalamnya.

Kata seorang sahabat blogger;


Bagi saya, surah ini amat menggugah minda kita kerana kandungannya amat berkesan untuk mencabar persepsi sesetengah orang yang ‘asyik’ berkiblatkan barat, yang melihat Al-Quran setakat ‘yasin malam jumaat’ & hafazan surah lazim untuk anak2 sahaja…. Jika mereka fikir Al-Quran ‘gagap’ dalam membicarakan ilmu-ilmu ‘up-to-date’ seperti holistic management, leadership, high-technology dll…., Nah…surah ini sedia menjawabnya

Hmmm.. menarik juga huraian sahabat blogger ini tentang Surah An-Naml dan Nabi Sulaiman.. bagi sesiapa yang berminat untuk membaca dengan lebih detail, ana sarankan agar sudi-sudilah kiranya melawat blog beliau. Sama-sama kita menambah ilmu, meluaskan pengetahuan tentang surah ini:


 



Bagaimana, Menarik bukan?


Begitulah, hikmah di sebalik penurunan surah Al- Naml kepada umat islam sejagat. Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat ke 2 yang bermaksud:


Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa






Dari segi strutur sosial semut terkenal dengan kehidupan berkoloni yang mempunyai sistem organisasi yang baik dan teratur. Sebahagian daripada koloni semut ini  begitu padat populasinya dan begitu luas kerajaannya sehingga pembentukan kerajaan tersebut sukar di perincikan  walaupun setelah di kaji selama bertahun-tahun oleh para saintis terkemuka.

mungkinkah koloni semut di IPG KPI lebih luas
kerajaannya  berbanding maktab ini?? Upss..hehe..

Sistem Kasta Dalam Koloni Semut



Setiap koloni semut, tanpa kecuali, tunduk pada sistem kasta secara ketat. Sistem kasta ini terdiri atas tiga bahagian besar dalam koloni.

Anggota kasta pertama adalah ratu dan semut-semut jantan, yang memastikan koloni dapat berkembang biak dan di besarkan. Dalam satu koloni kemungkinan terdapat lebih dari satu ratu. Tugas Ratu adalah sebagai agen reproduksi untuk meningkatkan jumlah individu yang membentuk koloni. Tubuhnya lebih besar daripada tubuh semut lain. Sementara tugas semut adalah untuk mendampingi ratu. 

Anggota kasta kedua ialah semut tentera. Mereka bertugas untuk membangunkan koloni, menemukan lingkungan baru untuk hidup, dan berburu.

Kasta ketiga terdiri atas semut pekerja. Semua pekerja ini adalah semut betina yang steril. Mereka merawat semut induk dan bayi-bayinya; membersihkan dan memberi makan. Selain semua ini, pekerjaan lain dalam koloni juga merupakan tanggungjawab kasta pekerja. Mereka membina koridor dan serambi baru untuk sarang mereka; mereka mencari makanan dan terus-menerus membersihkan sarang.

jenis-jenis semut mengikut kasta..

Di antara semut pekerja dan semut tentera juga ada sub-kelompok. Sub-kelompok ini disebut hamba, pencuri, pengasuh, pembangun, dan pengumpul. Setiap kelompok memiliki tugas masing-masing. Setiap ahli dalam koloni semut melakukan tugas mereka sepenuhnya.Kalau kita fikirkan kembali bagaimana sistem ini berkembang, kita tidak dapat mengingkari fakta adanya penciptaan. Jika ada suatu organisme yang sempurna, secara logik kita akan membuat kesimpulan bahawa organisme ini sudah tentu dibentuk oleh sesuatu yang merancang kejadiannya.


Canggihnya semut!





Dalam bidang-bidang tertentu sistem yang terdapat dalam dunia semut hampir sama canggihnya dengan yang dimiliki manusia. Atas kecanggihan sistem yang dimiliki oleh koloni semut ini,  manusia kini merangka pola sistem mereka berdasarkan sistem  tersebut. Perkara ini dihuraikan dalam petikan berikut:

robot semut??

Ahli komputer masa kini cuba untuk mereproduksi bentuk-bentuk perilaku kolektif semut pada robot di laboratorium. Alih-alih berfokus pada program yang sangat maju, mereka malah berkonsentrasi pada robot-robot yang bekerja sama berdasarkan unsur-unsur informasi "sederhana". Prinsip dasarnya sama. Mereka membuat sebuah robot yang sangat canggih, pada masa yang sama turut mengembangkan sekelompok robot yang tidak begitu "pintar", tetapi menjalankan tugas yang sangat "rumit" seperti yang dilakukan semut dalam koloninya.… Robot-robot ini tidak canggih dari segi "kecerdasannya" jika dinilai satu per satu, tetapi mereka akan mencapai pembahagian kerja melalui motivasi tindakan kolektif. Ini mungkin kerana mereka memiliki kemampuan untuk bertukar informasi yang sederhana.

Hidup dan kerjasama dalam koloni semut juga telah mempengaruhi NASA. Organisasi ini merancang untuk mengirimkan banyak "robot semut" untuk penelitian di planet Marikh sebagai pembantu kepada satu robot canggih yang telah di hantar terdahulu. Jadi, seandainya sebahagian robot ini rosak, anggota regu yang masih ada masih mampu meneruskan tugas mereka.

Semut & Pengorbanan



Bila koloni mengalami fenomena kekurangan makanan atau kesusahan, semut pekerja segera berubah men-jadi semut "pemberi makan" dan mulai memberi makan sesama koloni semut dengan partikel makanan yang di simpan di dalam bahagian khas yang terdapat pada perut semut jenis ini. Apabila koloni mencapai tahap stabil, mereka melepaskan identiti ini dan kembali menjadi semut pekerja.

Pengorbanan yang ditunjukkan oleh semut ini benar-benar merupakan suatu pengorbanan yang besar.Manusia pada hari ini masih  belum berhasil memerangi isu kebuluran dan kelaparan di dunia, sedangkan semut telah menemukan penyelesaian praktis untuk masalah ini: berkongsi segalanya, termasuk makanan. Ya, inilah contoh pengorbanan nyata. Memberi segala yang dimiliki termasuk makanan, tanpa ragu, agar semut lain tetap hidup, hanyalah salah satu contoh pengorbanan di alam yang tak mampu dijelaskan teori evolusi.

Semut tidak mempunyai masalah kepadatan penduduk, sedangkan kota-kota besar milik manusia saat ini menjadi sukar didiami  akibat migrasi, ketiadaan infrastruktur dan pendapatan stabil, dan semut juga dapat mengelola kota bawah tanah mereka, yang berpopulasi 50 juta ekor, dengan keteraturan luar biasa tanpa merasai kekurangan.Kajian membuktikan bahawa setiap semut mampu dengan cepat menyesuaikan diri dengan perubahan yang terjadi dalam lingkungannya.


Sistem Pertahanan Semut





1. Sistem pertahanan udara: Apabila musuh terbesar semut, yakni burung, mendekati sarang, sebahagian semut tentera mengarahkan perut mereka ke atas di lubang sarang dan menyemburkan asid ke arah burung.

2. Rumah kaca: Dalam ruangan yang menghadap ke selatan ini, tempat di mana telur dari semut ratu di simpan sehingga menetas. Suhu ruangan ini tetap pada 38oC.

3. Pintu masuk dan pintu samping: Pintu-pintu masuk ini dijaga semut penjaga pintu. Pada masa-masa bahaya, mereka menutup pintu dengan kepala mereka yang rata. Sekiranya ahli koloni berkeinginan untuk masuk melalui pintu, penghuni lain koloni mengetuk kepala semut penjaga pintu dengan antena dalam irama khusus, dan semut penjaga pintu pun membuka pintu. Jika mereka lupa irama ini, penjaga akan terus membunuh mereka.

4. Ruang siap pakai: Jika ahli koloni menemui sarang lama ketika sedang membina sarang, semut akan menggunakan  ruangan yang ditemui ini sekiranya masih bertahan bentuknya sebagai kawasan pertahanan sekiranya kawasan yang lain di serang.

5. Tempat penyimpanan: Dalam ruangan ini semut meletakkan bangkai semut dan bekalan-bekalan makanan yang lain.

6. Ruang penjaga: Semut tentera berada di sini dalam keadaan bersiap sedia sepanjang hari. Sekiranya terdapat sebarang ancaman, mereka akan segera bertindak.

7. Benteng Pertahanan Luar: Benteng ini, di buat daripada potongan cabang dan ranting, berfungsi untuk melindungi sarang, melawan panas, dingin, dan hujan. Keampuhan benteng ini sentiasa dijaga oleh semut pekerja.

8. Ruang perawatan: Semut perawat menghasilkan cairan manis dari perutnya. Semut pengasuh meyucuk perutnya dengan antena untuk menggunakan cairan ini.

9. Gudang daging: Serangga, lalat,  dan semut musuh disimpan dalam gudang ini setelah dibunuh.

10. Gudang gandum: Semut penggiling membawa butir besar gandum dalam bentuk tablet kecil ke sini, dan memanfaatkannya sebagai roti pada musim sejuk.

11.Perawatan larva: Semut perawat menggunakan air liurnya, yang bersifat antibiotik, untuk melindungi semut bayi dari penyakit.

12.Ruang musim sejuk: Tempat dimana semut-semut berlindung ketika musim sejuk

13.'Warming Centre Department': Koloni semut mencampurkan potongan daun dan ranting di sini untuk menghasilkan haba tertentu. Ini menjaga suhu sarang antara 20O dan 30oC.

14.Ruang pengeraman: Telur  ratu disimpan di ruangan ini selepas ditelurkan. Apabila sampai masanya, telur diambil dari sini dan dibawa ke rumah kaca.

15.Ruang bangsawan: Ibu ratu menelurkan telurnya di sini. Terdapat semut pekerja yang bertugas unuk menjaga kebajikan ratu


Demikianlah kompleksnya organisasi semut. Apa yang menarik, semut-semut ini terus bekerja tanpa memikirkan kepentingan diri seperti yang selalu di praktikkan oleh manusia.. Mereka terus bekerja tanpa mengenal erti penat lelah dan jemu... Haha... contoh yang terdekat macam kat hostel ana ni; halau la macam mana pun, kalau semut-semut ni tak nak beredar dengan sendiri, jenuh la nak menghalau jawabnya....Jadi, renung-renungkan & selamat beramal...

Semut: So, lepas ni, ko tak yah la nak halau aku dengan koloni aku lagi ye...hehe...





Me: UpSs... Sori,, mengambil prinsip korang yang bekerja tanpa mengira erti penat lelah dan jemu, maka ana mengambil keputusan untuk terus-menerus berusaha menghalau korang sume...haha... kebersihan separuh daripada iman...so, stay away from my room...AWAY!!

DUSHHH!!!! HEHEHE~




Apa kata anda:

0 pelajar nak bagi pandangan:

Post a Comment