Aku bertatih bukanlah kerana nama.. tetapi kerana akulah Serikandi Agama..

Wednesday, March 16, 2011

YA ALLAH, MATIKANLAH AKU KETIKA ITU..



Ya Allah...

Engkau timbunkan segala jenis harta dan kekayaan..
Tetapi harta itu melalaikan aku..
Engkau berikan aku pangkat di mata manusia,
Tetapi dengannya aku menjadi bongkak..
Engkau jadikan parasku elok,
Namun aku riya' dan ujub,
Engkau uji aku dengan cinta manusia,
Namun hatiku menjadi gelap dan kelam...


Tatkala aku hanyut dan lupa..
maka Engkau datangkan kifarah..
Engkau hantarkan titisan airmata..
Engkau kirimkan badai..

Engkau mengingatkan aku..
Sungguh, dunia ini hanyalah sekadar senda dan gurau..
Sungguh, dunia ini hanyalah hiasan sementara..
Sungguh, dunia ini hanyalah tipu daya yang membutakan setiap yang mencintainya..
dan sungguh...
Dunia ini adalah penjara bagi setiap insan yang beriman...
dan orang yang beriman itu sentiasa terseksa dengan dugaan-dugaan yang ada di dalamnya...

Ya Allah..
Bebaskanlah aku daripada penjara ini..
Diri dan jiwa ini semakin lama semakin tidak mampu..
Untuk menjadi banduan di dalam dunia yang fana..
Terpenjara dengan tipu daya..
Hanyut dalam kelam rasa sekeping hati seorang hamba yang bedosa..
Ku pohon terimalah tangisan taubatku..
Jadikanlah ia perisai memadamkan api nerakaMu..
Ku pohon tarik nyawaku ketika mana aku berada paling dekat denganMu..
Ketika mana Engkau menyentuh hati ini dengan sentuhan kasihMu, ya Rabb,,,
Ketika mana jiwa ini di ulit rasa kasih kepadaMu..
Walau seketika..
Ku pinta pada saat yang seketika itu.. matikanlah aku...
Cabut nyawaku...
leraikan ia dari jasad yang Engkau pinjamkan kepadaku...
kerana hati ini sudah letih..
untuk sekali lagi di rempuh badai ujian..
Untuk sekali lagi di uji dengan harta dunia...
Untuk sekali lagi di datangi cinta palsu..
Untuk sekali lagi di butakan dengan keindahan...

Hati ini sudah letih...
Dan aku semakin tidak berdaya...









Apa kata anda:

0 pelajar nak bagi pandangan:

Post a Comment