Aku bertatih bukanlah kerana nama.. tetapi kerana akulah Serikandi Agama..

Sunday, March 27, 2011

TATKALA PEMAKAIAN KITA DI JAJAH, JANGAN IMAN KITA DI RATAH


Assalamualaikum...

Hari ini berlegar-legar lagi di teratak AQILAH KAUTHAR. Sambil-sambil mencari maklumat tambahan untuk proses pelaksanaan kerja kursus pendek, hati terpanggil-panggil pula hendak menyambung biarpun sedikit penulisan di dalam blog yang serba-serbi ini..Kali ini ana hendak menyentuh pasal pemakaian..tutup aurat? Ya, mungkin sebagai sampingan untuk entri kali ini, InsyaAllah akan menjadi mauduk perbincangan utama pada entri yang akan datang, kiranya masih di beri hayat oleh Yang Maha Kuasa..

Pemakaian yang di jajah..mungkin ramai yang tidak ambil peduli sangat mengenai isu ini. Maklumlah, masih banyak isu dunia yang perlu para pemikir ketengahkan dalam usia dunia yang sudah menapak ke akhir zaman. Ramai yang lebih gemar bercerita tentang bola, tentang tsunami ataupun pergolakan politik. Pendek kata, dari pejabat-pejabat kerajaan, sampailah ke kedai-kedai kopi sekalipun, isu-isu sebeginilah yang hangat di canang-canang bak pisang goreng panas...

Tetapi, tahukah anda semua bahawa pemakaian kita sekarang sedang di jajah?

Terpanggil untuk mengetengahkan isu ini apabila rakan-rakan di IPG ramai yang sibuk-sibuk tukar profile picture dan tag kawan masing-masing dengan penampilan segak ber'blazer' bersempena sesi fotografi kelas. Ana tak kata salah...cuma peristiwa ini lah yang membuahkan idea sehingga ana menaip entri pada kali ini.


Baiklah para sahabat, sebelum ana melangkah dengan lebih jauh, perlu ana ingatkan diri ana dan para sahabat sekalian, bahawa  Yahudi LaknatuLlah telah merancang sistem 5 S yang diadaptasi daripada 24 Protokol Yahudi dan sistem 5 S tersebut ialah Song (memberikan hiburan melampau), Sex (memberikan seks bebas melalui pergaulan bebas),Sport (menganjurkan sukan yang membuka aurat), Stim (dadah, arak dll) serta Strok (Otak menjadi jammed dan tidak dapat berfikir).

Apabila kita meneliti dan menganalisa semula tentang 5S orang Yahudi, ternyata etika pemakaian masakini telah di gubal dengan penuh tipu daya menerusi 2S daripada sistem ini.

S yang pertama; Strok..(pemikiran)

Or should i say, ghuzwatul fikr?? atau serangan pemikiran?..Hmm..itulah dia.. fenomena pada hari ini dari sudut lensa kita;

Ke pejabat dengan berpakaian formal,
Bertali leher,
Berkemeja..
Siap berblazer..

Ke kuliah;
memakai jeans..
Baju kemeja T...
Yang perempuan tak sah kalau t-shirt tak cukup sendat..
Tudung singkat ala-ala rahib gereja..
Itupun, kalau yang pakai tudung

Apa yang kekal?

Hari Jumaat di wajibkan memakai baju Melayu..
dan baju kurung..itulah protokolnya...

Kalau tidak pun, sudah adat orang sekarang, 'fesyen' baju melayu dan baju kurung hanya popular apabila tiba Hari Raya dan hari-hari kebesaran islam lainnya. Ana sebelum ini mendengar pengakuan daripada seorang hamba Allah yang berkata bahawa dia tidak punya banyak baju kurung atau yang sewaktu dengannya, dan koleksi baju kurung dalam almari hanya akan bertambah apabila tiba Hari Raya.

Dahsyat sungguh pengaruh 's' yang pertama ini. Pakaian-pakaian yang menunjukkan kesopanan di anggap ketinggalan zaman, merimaskan, dan bermacam-macam lagi.Akhirnya, fenomena ini mencetuskan fesyen revolusi akhir zaman yang di panggil 'pakai baju tapi telanjang'...




Kemudian, kita beralih kepada 's' yang satu lagi, iaitu: Sport..

Sukan...kita pernah melihat, bahkan ada yang mengalaminya sendiri.. apabila pakaian menutup aurat, pakaian yang sopan di kira melanggar etika pemakaian ketika bersukan. Hari ini dunia di gembar-gemburkan dengan etika pemakaian bersukan yang sangat pelik; teorinya lebih kurang begini:

" pakaian yang ketat dan singkat memudahkan pergerakan seseorang semasa bersukan"

Peliknya, teori ini baru hendak muncul apabila sekular mula berkembang di dunia ini.. Betul kah teori ini? emm... kalau betul, kenapa kat Quran & Hadis tak cakap pulak ye? Dan....apa yang kita lihat dan perhati sekarang, ramai juga yang mengikut teori ini secara membabi buta...Nauzubillah, semoga kita semua tidak termasuk dalam golongan yang terpedaya..Sesungguhnya jalan yang benar itu hanyalah jalan menujuNya.. Allah SWT telah berfirman:

"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam)"

Subhanallah... teori ini terbukti salah apabila dalam Kejohanan Olahraga Tahunan Peringkat IPIS baru-baru ini menyaksikan pelajar IPIS yang berpakaian menutup aurat telah berjaya merangkul gelaran juara walaupun tidak berpakaian ketat dan singkat. Sungguh, setiap kejadian itu mempunyai tanda kebesaran Allah bagi mereka yang berfikir...



Sahabat-sahabat sekelian, ana bercakap bukanlah sebagai pemegang fatwa kebangsaan..Dhaifnya ilmu, Tuhan saja Yang Maha Mengetahui.. cuma hendak mengajak antum semua bermuhasabah bersama...

Tatkala pemakaian kita di jajah,janganlah ia di jadikan alasan untuk membenarkan iman kita di ratah-ratah...bila iman di ratah, aurat di selak, akhirnya maruah tergadai..dan umat islam terperosok.Sesungguhnya agama Islam itu merupakan agama yang benar...jadi, tepuk dada, tanyalah iman, jangan tanya Aiman, nanti Aiman akan kata;

"Aiman tak kisah...."




Apa kata anda:

2 comments: