Aku bertatih bukanlah kerana nama.. tetapi kerana akulah Serikandi Agama..

Thursday, March 24, 2011

PERISTIWA YANG MEMBUAHKAN IKTIBAR



Dan buat kesekian kalinya, ana meluangkan sedikit masa untuk menulis di teratak sulung ana ini.. (Walaupun KKP merintih-rintih minta di buat..hehehe)..Sejenak dalam kesibukan ini, rugi rasanya jika ana tidak menulis sesuatu untuk di kongsikan bersama dengan follower dan para pembaca yang sudi menjengah dan membaca buah fikiran ana (sungguhpun ana hanya insan dhaif lagi penuh dengan kelemahan).. Apa yang pasti, terlalu banyak yang ingin di kongsikan..kerana terlalu banyak peristiwa yang terjadi kebelakangan ini..

Di pendekkan cerita, pagi tadi ana dan para sahabat menghadiri sebuah bengkel koperasi yang di anjurkan oleh KOMPI..(singkatan bagi nama Koperasi Maktab Perguruan Islam).. al-maklumlah, ana dan sahabat-sahabat ana secara langsung perlu berdaftar sebagai ahli koperasi IPIS sebaik sahaja menjadi pelajarnya. Mulanya menurut pandangan ana, tidak ada uniknya bengkel ini dengan bengkel-bengkel lain, objektifnya lebih kurang sama, iaitu meningkatkan kefahaman peserta tentang topik yang di bincangkan ( dalam hal ni, topik bengkel ini tentulah berkaitan dengan koperasi dan perlembagaan koperasi). 

-Walau bagaimanapun, ada dua istilah baru yang ana dapat pelajari pada hari ini, iaitu;

Bona Fide: Niat  baik
Mala Fide: Niat jahat

Kedua-dua istilah ini merupakan istilah undang-undang yang berasal daripada perkataan latin. =)

Slot Pertama dan Kedua berlalu dengan menyaksikan kepakaran dua orang penceramah yang menghangatkan suasana Dewan Syarahan Idris Al-Marbawi dengan ceramah dan taklimat yang mereka sampaikan. Selepas berhenti rehat bagi memberi ruang untuk peserta menunaikan solat Zohor berjemaah di masjid serta makan tengahari, Slot Ketiga di mulakan. Pada slot ketiga ini, kami telah  diarahkan untuk bermain sejenis permainan perniagaan yang di panggil "SAYA SUKA WANG BESAR!!"




Sebelum permainan bermula, ana dan para sahabat di bahagikan kepada lima kumpulan, 2 kumpulan muslimin dan 3 kumpulan muslimat. Kesemua lima kumpulan itu di namakan dengan koperasi biru, koperasi hijau, kuning, oren dan coklat. Setiap kumpulan di berikan jadual yang mempamerkan jumlah keuntungan yang di berikan kepada setiap koperasi berdasarkan situasi bersama dengan dua huruf Y,X yang di taip pada dua keping kertas A4. Apa yang kami perlu lakukan hanyalah memilih sama ada untuk menunjukkan huruf Y atau Z dan nilai wang yang kami terima adalah berdasarkan sruktur keseluruhan yang di bentuk oleh setiap koperasi. Contohnya:

Jika semua koperasi memilih Y; maka semua koperasi akan beroleh keuntungan 1000 (mengikut jadual yg di bekalkan)

Jika 2 buah koperasi memilih Y, dan 3 buah koperasi lagi memilih huruf X; maka koperasi yang memilih huruf Y akan beroleh kerugian sejumlah 1000 dan koperasi yang memilih X pula akan beroleh keuntungan sebanyak 1000...

Maka, setelah jelas tentang peraturan permainan ini, bermulalah persaingan antara kumpulan ana dengan sahabat-sahabat yang lain. Apa yang membuatkan ana tertarik dengan permainan ini adalah ianya bukan sahaja mempamerkan situasi sebenar yang berlaku di dalam perniagaan, tetapi juga menunjukkan taktik-taktik kotor, atau mala fide yang di aturkan oleh peniaga lain semata-mata untuk menjatuhkan pesaing masing-masing!

Ana tidak menyangka, rupa-rupanya dalam permainan ini, ada juga yang cuba menipu, sedangkan pada pusingan perbincangan, setiap koperasi berpeluang untuk mendapatkan keuntungan sama banyak. Namun, apa yang berlaku, terdapat koperasi yang cuba untuk mengaut keuntungan lebih dengan menipu koperasi-koperasi yang lain semasa perbincangan di lakukan..



Peristiwa pada hari ini membuatkan ana merenung panjang.. menilai dan menganalisa.. Andainya inilah situasi sebenar yang di hadapi oleh peniaga-peniaga islam, maka bukanlah suatu perkara yang menghairankan jika perniagaan masyarakat islam sentiasa mengalami kemunduran.....Sering benar kita mendengar rugutan dan keluhan berbentuk begini bukan?:

"Bilalah islam nak maju?"

atau,,

"Bilalah kewangan umat islam nak jadi stabil?"

Persoalan seumpama ini sebenarnya sudah terjawab berdasarkan situasi ini,"Sentiasa ada sahaja peniaga islam lain, yang hendak menjatuhkan sesama sendiri" seperti yang ana lihat dan teliti di dalam permainan pada slot ketiga bengkel koperasi tadi. Inilah konklusi yang dapat ana simpulkan melalui permainan ringkas yang ana kira cukup jujur dalam menyelesaikan persoalan-persoalan yang timbul tentang jatuh bangunnya sesebuah perniagaan, khususnya perniagaan masyarakat islam masakini. Bukankah islam itu menganjurkan perpaduan dalam kalangan umatnya? Firman Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud;

‘Tolong-menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan, dan jangan sekali-kali kamu memberi pertolongan di atas perkara kejahatan dosa yang membawa kepada perseteruan, dan takutilah olehmu akan Allah. Sesungguhnya Allah akan mengenakan seksaan yang amat dahsyat’. (Surah Al-Maidah: 2)

Dan, dalam situasi umat islam saling pijak-memijak tanpa mahu menghulurkan tangan seperti ini maka ramailah yang mengambil kesempatan di atas kejatuhan umat. Benarlah bagai di kata, bersatu teguh, bercerai roboh. Akibatnya, negara islam yang sepatutnya ekonominya di pegang oleh umat islam itu sendiri akhirnya jatuh ke tangan orang lain. 

Masyarakat muslim pada hari ini pula kerana takut berhadapan dengan risiko kerugian, secara tuntas mengambil keputusan untuk menjadi 'pembeli setia' kepada produk-produk bukan muslim. Pada dasarnya, tidak ada apa-apa kesalahan dalam hal ini, kerana di riwayatkan bahawa Rasulullah juga menjalankan transaksi jual beli dengan orang-orang kafir zimmi. Imam Bukhari meriwayatkan;

"Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW"
Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841


Namun pada sudut yang lain, mengapa masyarakat kita tidak terfikir untuk mengembangkan ekonomi umat islam dengan berniaga mengikut sunnah nabi? Adakah selama-lamanya tampuk ekonomi itu perlu di pegang oleh pihak lain sedangkan telah terbukti bahawa 90%  sumber pendapatan itu di peroleh daripada perniagaan? atau, Adakah kita masih memikirkan kerugian dalam membela Islam dan menempah syurgaNya?


Jika kesimpulan ini di nilai dan di fikirkan secara global, maka satu persoalan yang lebih besar pula terjawab; dalam keadaan umat islam sentiasa pijak-memijak dan tidak pula berlapang dada untuk bantu-membantu antara satu sama lain, jangan berani wujudkan persoalan 'mengapa tanah Palestin yang kini telah menjadi sekangkang kera itu tidak mampu di pertahankan oleh negara-negara islam lainnya walhal tanah Palestin di kelilingi  dan di sempadani oleh saudara-saudara mereka?', kerana persoalan itu sudah terjawab.


LIHAT-BACA-& SAMA-SAMA KITA RENUNG DAN FIKIRKAN....


Sebelum ana akhiri post kali ini, suka ana mengimbau kembali kata-kata Saidatina Khadijah isteri pertama Junjungan Mulia, sebelum beliau meninggal dunia:


"Ya Rasulullah, seandainya tulang-belulang ku ini berharga, maka setelah aku pergi, maka jualkanlah ia demi untuk membela Islam.."



WaLlahualam....


Apa kata anda:

0 pelajar nak bagi pandangan:

Post a Comment