Aku bertatih bukanlah kerana nama.. tetapi kerana akulah Serikandi Agama..

Tuesday, March 15, 2011

MENCARI KHUSYUK YANG HILANG..







Benar – benar sangat beruntung orang – orang yang membersihkan diri dengan beriman, dan sentiasa berzikir menyebut nama Tuhannya, serta mengerjakan sembahyang. ”(Surah Al-A’la:14-15)



Khusyuk itu berada dalam hati, bukan dalam bentuk perilaku. Seseorang yang khusyuk dalam melaksanakan ibadah terutamanya sembahyang terhindar dari melakukan maksiat, hingga dia beroleh kebahgiaan didunia dan diakhirat. Sebaliknya, seseorang yang hatinya tidak khusyuk hanya akan menyebabkan hati menjadi tidak tenteram yang berpanjangan. 


Setelah sekian lama tidak menulis di dalam teratak sulung ana ini, tiba-tiba hari ini ana terdetik untuk menulis tentang khuyuk. Terlebih dahulu, ana buka post ini dengan sedikit kata-kata hikmah yang di adaptasi daripada sebuah laman web, di sertai dengan sepotong ayat Al-Quran berkenaan dengan ibadah dan khusyuk. 

Ibadah, dan khusyuk itulah dia pokok pangkal post yang ingin ana kongsikan bersama pada kali ini.Perkataan ibadat datang dari perkataan Arab. Dari segi bahasa bererti: patuh, taat, tunduk, menyembah dan memperhambakan diri kepada sesuatu.Dari segi istilah agama, Ibadat bererti tindakan menurut dan mengikat diri dengan sepenuhnya kepada segala perkara-perkara yang disyariatkan oleh Allah dan diseru oleh para Rasul, sama ada ia berbentuk suruhan atau larangan. Allah erfirman dalam Al-Quran, surah Az-Zariyat, ayat 56 yang bermaksud:

“Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada Ku”

Demikianlah hakikat penciptaan manusia, yakni beribadah dan mengabdikan diri kepada Allah SWT.Firman Allah lagi di dalam Al-Quran:

Dan bersegeralah kamu semua menuju keampunan daripada Tuhanmu dan juga menuju syurga yang luasnya seluas langit-langit dan bumi, disediakan untuk orang-orang bertaqwa’(Ali ‘Imran, ayat 133).
Ayat ini hanyalah salah satu daripada ayat Al-Quran yang menyatakan tentang ganjaran bagi orang-orang yang bertaqwa serta khusyuk dalam beribadah. Selain itu, terdapat banyak penjelasan secara saintifik yang telah di buktikan kebenarannya oleh para saintis terkemuka tentang hikmah di sebalik pergerakan-pergerakan dalam solat, ibadah puasa, haji, zakat dan sebagainya. Sebagai contoh, berkaitan dengan sujud yang mana ianya merupakan waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dibuktikan dapat melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.


Bernafas ketika sujud  boleh:

membetulkan kedudukan buah pinggangmembetulkan pundi peranakan yang jatuh.
melegakan sakit hernia.
mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
melegakan paru-paru daripada ketegangan.
mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
meringankan bahagian pelvis.
memberi dorongan supaya mudah tidur.
menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,
secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,
mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
mengurangkan kegemukan.
pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin,
organ peranakanmudah kembali ke tempat asal
serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
otak menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
mengelakkan pendarahan otak
terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.


Dari segi psikologi,sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta. Sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.


Dari segi perubatan :

kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.


Menurut kajian :

terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

bagaimana? hebat bukan? ucaplah Subhanallah memuji kebesaranNya.. ucapkanlah kalimah Alhamdulillah kerana kita di lahirkan sebagai seorang yang beragama islam. Dari sudut apa pun jua, setiap ibadah serta apa yang di anjurkan di dalam islam mempunyai 1001 hikmah dan kebaikan yang merupakan petunjuk kepada Kebijaksanaan Pencipta kita yang Maha Agung.

Setelah menghuraikan serba sedikit tentang ibadah dan hikmah di sebaliknya, kini pula timbul persoalan di minda, 'mengapa setelah semua hikmah dan keutamaan di huraikan secara teratur dan terperinci satu-persatu, masih ramai kalangan kita yang meninggalkan solat lima waktu, mengabaikan kewajipan zakat dan tidak melaksanakan ibadah puasa sebagaimana yang telah di anjurkan? rupa-rupanya, di sebalik persolan ini, sebenarnya kita telah kehilangan sesuatu yang begitu bernilai, yang terdiri daripada 7 huruf;

K-H-U-S-Y-U-K....khusyuk...kita sebenarnya telah kehilangan nikmat dan kemanisan khusyuk dalam beribadah kepada Allah. Berkenaan dengan ini, maka ana sajikan para pembaca dengan artikel yang di abil daripada post ana yang telah lalu:



itulah syaitan... di ceritakan di dalam Al-Quran, iblis telah pun berazam dengan janjinya, yang bermaksud:

‘Kerana Engkau telah pun menghukum aku sebagai makhluk yang sesat, maka aku bersumpah akan sentiasa menghalang mereka (Bani Adam) daripada jalan Engkau yang lurus.’ (Surah Al-Araf: 14-16).
iblis dan syaitan telah berjanji untuk menghasut dan menyesatkan manusia supaya dapat bersama-sama mendapat azab dab seksa bersamanya di akhirat kelak, demi melaksanakan agenda besarnya, makhluk laknatullah ini telah berusaha sedaya upaya menarik dan menghapuskan satu-satunya 'antivirus' yang dimiliki oleh anak Adam, yakni kekhusyukan dan rasa kehambaan kepada Allah yang mana ianya merupakan aset utama yang membentuk benteng diri agar sentiasa dekat dan taat serta patuh kepada suruhanNya.

Berhati-hati saudara seislam, kerana syaitan begitu kreatif  mencipta dan mempromosi kejahatan, ada-ada saja cara dan jalannya. Tidak pernah kaku, jarang yang beku.Sentiasa ligat dan cepat, sentiasa ada pembaharuan. Lalu, bagaimana harus kita menghindar jika diri semakin terhakit pergantungannya kepada Sang Maha Pencipta? Ingatlah pesan Imam Al-Ghadzali seorang ulama terkemuka:



Carilah hatimu sewaktu mambaca Al-Quran. Jika tidak temui, cari hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak temui, cari hatimu ketika duduk bertakafur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, PINTA HATI BARU kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!

ayuh! sama-sama kita mencari khusyuk yang hilang...=)..





















Apa kata anda:

0 pelajar nak bagi pandangan:

Post a Comment