Aku bertatih bukanlah kerana nama.. tetapi kerana akulah Serikandi Agama..

Friday, March 18, 2011

CORETAN BUAT SAHABAT:USRATI- INTEC_7

I

Hati kata rindu, ingin bertemu sahabat seperjuangan..
Hati kata ingin selalu bersua, berkongsi cerita suka dan duka perjalanan ini..
Hati kata, engkau sahabat engkau teman..
Bertemu dengan mahabbatullah..
Bersatu di bawah rimbunan rahmatNya..
Di ikat dengan ukhuwwah fillah..
Yang Insya Allah abadan Abadaa..

II

Walau terkadang ada sengketa yang mengganggu..
Bermasam muka tidak lama..
Kerana kesatuan hati-hati ini,
Aturan Yang Maha Kuasa...
Di bina untuk menyuburkan cinta kepadaNya..
di taut untuk melestari impian yang suci;
Hidup mulia, mati syahid..

III

Tidak ingin aku.. meleraikan ikatan ini..
Meskipun pertemuan kita semua..
Bermula hanya dengan suatu halaQah kecil..
Sungguh aku merindui meriahnya halaQah cinta itu..

Hati kata rindu...
Duhai sahabat,, masihkah engkau ingat?.....


SEBUAH CERITERA KITA..


Kita bertemu di bumi barakah IPG KPI.. bersua muka, mendaftarkan nama bersama, mengangkat bagasi bersama. Waktu itu, masing-masing menyimpan seribu satu kisah kehidupan, sebelum bergelar warga IPG KPI yang sah. Ada yang datang dengan senyuman, ada yang datang dengan tangisan. Ada yang ingin menjadi pendidik berjaya, ada yang cuma mengikut kehendak ibu bapa.. tinggal UIA.. tinggal UM.. tinggalkan USIM..  terpaksa lupakan matrikulasi kesayangan... namun kemudian, kita mula ingin bertegur sapa dalam MPPB.. melupakan kenangan-kenangan dahulu... meski apapun yang ingin kita jadi pada masa lalu, MPPB menyedarkan kita, apa dan siapa kita sekarang..kita adalah pendidik, pencorak generasi akan datang... Subhanallah, cukup hebat perancangan Allah..

Kemudian kita di perkenalkan erti persaudaraan dalam  Minggu Introduksi Usrah... di agih-agihkan kepada keluarga masing-masing..agar kita tidak berasa keseorangan, agar kita tidak berasa asing di dunia yang di dalamnya kita baru hendak merangkak ini. Hati-hati kita di hangatkan dengan senyuman ikhlas abang-abang dan kakak-kakak naqib dan naqibah...bersedia memimpin dan membimbing, saling ingat- mengingati ke arah kebaikan lewat pertemuan yang di jadual Majlis Tarbiyah Nuqaba' setiap minggu... itu secara zahirnya, tetapi, siapakah agaknya yang lebih berkuasa merancang pertemuan kita ini? Sekali lagi, tiada siapa di antara kita yang mampu menafikan betapa hebatnya perancangan Yang Maha Kuasa...

Kemudian pula, kita di temu satukan di dalam halaQah ini... halaQah yang kita panggil dengan nama INTEC_7.. bagaimana pula kisah pertemuan kita? segala-galanya bermula dengan sebuah kem Rakan Usrah yang terlihat kecil di pandangan mata-mata yang melihat.. tetapi bagi kita, itulah halaQah cinta kita semua, halaQah pertama yang membuatkan kita terus berdiri di sini.. yang menyaksikan kesatuan hati-hati kita bercambah dan mekar ketika  melafaz dan membacakan doa wahdah dengan sepenuh hati..dengan sepenuh jiwa dan raga.Kita di ajarkan tentang sifat wala', kita di ajarkan tentang dakwah islamiyah, dan kita juga belajar tentang pentingnya ukhuwwah yang perlu kita jalin teguh, maka, bersemaraklah cinta kita kerana Pencipta Cinta ketika itu. Meskipun ada yang jatuh dan turut terluka, namun hati dan semangat kita tidak pudar, tidak terjejas..kita berikrar mengikat janji penuh yakin;

Allahughayatuna,
Ar-rasul qudwatuna.
Al-Qur'an dusturuna, 
aljihad sabiluna,
al-mautu fi sabilillah asma'amanina..

Dan pada akhirnya, termeterailah ikatan janji kita semua dan lengkaplah kita semua bersatu di dalam halaQah INTEC_7.Sungguh indah memori pertemuan ini. Membugar dan bercambah dengan langkah perjuangan yang  semakin rancak kita lalui dan atur bersama. Langkah kita semua seiringan, tiada yang cela..tiada yang ketinggalan..

Insya Allah..
segalanya akan di permudahkan dengan izin dariNya... kerana halaQah ini tercipta dengan semangat dan keteguhan hati-hatinya.. untuk menyebarkan dakwah islamiyah.. ruangan untuk kita sentiasa memperbaiki dan membetuli diri yang seringkali lupa dan leka..agar kita sentiasa dekat denganNya..

Duhai sahabat,

teruskanlah berjuang dan berjihad..
Islam tidak perlukan kita, sebaliknya, kitalah yang terlalu perlukan islam!


Apa kata anda:

5 comments: