Aku bertatih bukanlah kerana nama.. tetapi kerana akulah Serikandi Agama..

Sunday, March 13, 2011

CATATAN PERJALANAN: AKU DAN FASILITATOR


Masa tidak pernah berhenti dari terus berlari meninggalkan insan yang sering terkial-kial mengejarnya.. beberapa minggu di sibukkan dengan KKP, akhirnya masa menguak juga lembaran permulaan cuti pertengahan semester ini. Bagi sahabat-sahabat yang dekat, peluang sebegini jarang di sia-siakan untuk kembali ke desa tercinta bertemu ayah bonda dan sanak saudara, bagi yang jauh seperti ana sendiri, cuti adalah masa untuk menimba lebih banyak pengalaman di luar kampus dan kolej kediaman.




SEBERMULANYA KISAH

Rabu: 9 Mac 2011

'penunggu tetap hostel'

begitulah istilah yang sering berlegar dalam kamus hidup seorang perantau. Hati, tabahlah. Hanya itu ungkapan yang mampu di bisikkan menjadi penguat semangat. Mesej yang tertera pada skrin telefon ana teliti dan amati. seketika hati bagai berbunga-bunga, seketika kemudian kebimbangan pula. Gembira kerana gelaran 'penunggu tetap asrama' itu bakal di lupus kira untuk cuti pertengahan semester ini, namun menjengah kebimbangan hati andainya tidak mampu diri ini menguak langkah.

Baru sebentar tadi,ana, ukhti Ildah dan ukhti Khadijah menghadiri mesyuarat yang di kendali oleh akh Fudhail bersama sahabatnya akh Fahmi berkenaan perancangan 'ice breaking' serta LDK 1,2 dan 3 untuk Kem Pemantapan Solat di Smk Putrajaya Presint 11(1) yang bakal berlangsung pada 11-12 Mac ini.Barulah ana sedar, menjadi fasilitator bukanlah suatu kerja mudah, berdenyut-denyut juga minda pendidik memikirkan cara, melontar pendapat, akhirnya mesyuarat kami di tangguhkan pada pukul 10.22 malam. Alhamdulillah, meskipun cabarannya sudah mula terasa,perancangan tetap di atur kemas, tinggal sahaja melengkapkan persediaan rohani dan jasmani untuk berdepan dengan cabaran bertemu dengan mad'u-mad'u di sana nanti. Semoga ana dan para sahabat di berikan pertolongan dalam urusan dakwah ini. Dengan pengalaman yang luas, ana yakin akh Fudhail dapat memimpin skuad fasilitator ini dengan licin, Insya Allah.


MENGHITUNG HARI, MENUNGGU MASA

Benarlah madah pujangga, penantian suatu penyeksaan,2 hari persediaan, berintikan solat tahajud dan hajat, menghitung hari menungg tibanya detik.Tuhan, bantulah hambaMu yang kerdil ini, teringat kata-kata Khalifah Abu Bakar As-SiddiQ dalam khutbah ringkasnya ketika pertama kali menjadi pimpinan.

sesungguhnya, aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu

terasa diri ini begitu kerdil, terasa akal ini begitu dangkal dek kerana  ilmu yang sedikit. Dalam kedangkalan ini, ana gagahi juga bertanyakan pendapat beberapa orang sahabat yang punya pengalaman. Mentelaah beberapa sumber rujukan, bimbang terlupa. Bimbang juga objektif yang ingin di capai gagal terbengkalai begitu sahaja.Biarlah, mereka sibuk bersiap, berkemas..namun hati ini melayang jauh membayangkan wajah-wajah mad'u yang bakal di tatap...belum bertemu, tapi rindu sudah bertamu, Oh Tuhan, apakah rasa ini? alangkah indahnya ukhuwwah...tidak sabar rasanya untuk bertemu adik-adik di Smk Putrajaya nanti. Khabarnya sekolah itu tempat golongan bijak pandai sehingga di nobatkan sebagai sekolah cemerlang tahun lalu.. dalam diam, diri ini terasa begitu bertuah kerana berpeluang untuk bertemu mereka.. Diri ini begitu dahagakan pengalaman,harapkan ilmu mendatang hati, yang lebih utama, mengejar rahmatNya.


SMK PUTRAJAYA PRESINT 11(1) DAN SUASANANYA..

Akh Fudhail sedang memberikan taklimat kepada para fasilitator sebelum bertolak ke Kem


Jumaat, 11 Mac 2011, buat pertama kalinya, ana melangkahkan kaki ke sekolah ini.Barisan skuad fasilitator yang bakal berkhidmat di sekolah ini terdiri daripada ana sendiri, akh Fudhail sebagai ketua skuad, akh Fahmi, akh Hafizuddin, akh Solihin, ukhti Ildah, ukhti Khadijah, ukhti Afifah Rawida, serta ukhti Amierah. Tertarik dengan fakta yang di nyatakan oleh ustazah yang membawa kami ke sekolah ini.. katanya, kos untuk membina sekolah ini bersamaan dengan kos yang di perlukan untuk membina sepuluh buah sekolah luar bandar, di mana tenaga pengajarnya juga terdiri daripada barisan pendidik yang terkemuka!


 Subhanallah..cukup gah sekolah ini. seperti yang di beritahu oleh ustazah tersebut, ana amati bahawa terdapat juga beberapa buah kelas kosong yang masih belum di gunakan.Kemudahan fasiliti yang lengkap serba-serbi, jauh bezanya jika di bandingkan dengan sekolah ana dahulu, mahupun maktab perguruan tempat ana menuntut kini..
                                                                                                        
   

Tiba di perkarangan sekolah, kami di sambut oleh beberapa orang guru yang akhirnya membawa kami ke kawasan penginapan fasilitator-bilik guru dwi fungsi selain di gunakan sebagai bilik rehat pelajar. 30 minit selepas itu, sesi pengenalan di mulakan bertempat di surau sekolah sebelum membawa para pelajar bergerak ke tapak perhimpunan untuk menjalankan sesi ice breaking..Untuk permulaan, ana tidak segan untuk mengakui bahawa peranan ana sebagai fasilitator agak kaku di batasi dengan perasaan kekok untuk memulakan tugas.Maklumlah, ana merupakan 'newbie' dalam bidang ini.Namun, ana bersyukur kerana ahli skuad yang lain sentiasa bersedia membantu.
wajah-wajah kumpulan muslimat yang telah di amanahkan kepada penulis

Akhirnya, aktiviti pembentukan kumpulan ini berjaya mencapai objektif dengan terbentuknya 5 kumpulan muslimin dan 5 kumpulan muslimat.


MALAM DAN PENGISIANNYA.

solat berjemaah di selangi dengan kuliah thaharah yang di sampaikan berasingan oleh dua orang penceramah jemputan. Pelajar muslimah di bawa ke bilik multimedia untuk pengisian fiqh wanita dan kebersihan diri. Seusai solat isyak, barisan fasilitator kembali mengambil tempat bersama ahli kumpulan yang telah di tentukan petang tadi. Maka bermulalah tugasan mencabar bagi seorang fasilitator seperti ana yang perlu membimbing adik-adik tentang tatacara berwuduk serta mandi dengan sempurna. Pengisian kali ini di mulakan dengan pengenalan, kemudian amali wuduk yang di laksanakan di ruang wuduk yang di sediakan bersebelahan dengan surau, ana selitkan sedikit mengenai hikmah dan kepentingan thaharah dalam mewujudkan rasa kehambaan seorang insan kepada Penciptanya, semoga ia tersemat kemas di minda dan hatimu, duhai adik-adikku...

khusyuk mendengar kuliah fiqh


Pengisian malam itu berakhir dengan minum malam ringkas dan taklimat disiplin yang di sampaikan oleh akh Hafizuddin yang di tugaskan sebagai biro disiplin kem. Setelah itu, para pelajar muslimin bergerak bersama-sama fasilitator muslimin menuju ke penginapan masing-masing. Tinggallah kami, bersama beberapa orang guru perempuan dan pelajar muslimat yang menginap di surau ini. Melihat wajah-wajah letih adik-adik, tidak kurang ada juga yang bermimik kegusaran, kerinduan kepada insan tersayang jelas terlukis di wajah pelajar-pelajar ini. Ana tersenyum sendiri..ibu....,, apa khabar ibu di sana? sungguh anakmu ini benar merinduimu... namun, jam sebegini, tidak mungkin bagi ana untuk mengganggu ibu yang barangkali sudah lena di ulit mimpi. InsyaAllah, akan ana hubungi ibu esok..


MAJLIS PENUTUPAN YANG MENGHARUKAN


Tidak terasa.... sebentar saja masa berlalu..tanpa di sangka, kini sedang berlangsung majlis penutupan. Hari ini di mulakan dengan Qiamullail ringkas di imamkan akh Hafizuddin, di teruskan dengan kuliah Subuh Abang Jog, dan riadhah yang di ketuai oleh Akh Fudhail. Ana sempat merakamkan telatah adik-adik kem ini yang seronok beriadhah bersama fasilitator mereka, dan wajah-wajah yang terlelap ketika kuliah subuh di sampaikan..

tangkap lentok?? penat sangat la tu..hehehe~



LDK 2 dan 3 berkaitan dengan amali solat, jemaah, muafik dan masbuq ternyata lebih mencabar, namun, bagi pihak kami sebagai fasilitator, setelah berkenalan dengan lebih dekat dengan para peserta, telah terhampar jalinan kemesraan yang memudahkan kami berinteraksi dengan mereka secara lebih jelas dan berkesan berbanding dengan sesi taaruf dan ice breaking yang telah lalu. Alhamdulillah, Allah telah mempermudahkan jalan bagi kami menyampaikan dakwah islamiyyah di bumi SMK Putrajaya Presint 11 (1) ini. LDK 2 dan 3 ini di akhiri dengan amali jama'ie, di mana para peserta mempraktikkan apa yang telah di jelaskan sebelumnya oleh para fasilitator. Mulanya cuak juga perasaan ini memikirkan anak-anak didik yang 'baru hendak melangkah' itu. Sedangkan ana tidak dapat berada terus-menerus di sisi mereka kerana di tugaskan menjadi imam bagi amali jama'ie.
taklimat ringkas sebelum amali jama'ie..


Masa begitu pantas berlalu, tanpa di sangka, program ini telah menjejak ke penghujungnya. Setelah rasminya majlis penutupan, tibalah masa untuk mengucap selamat tinggal kepada adik-adik di Smk Putrajaya. Betapa ana merasa moment yang begitu mengharukan apabila segala perasaan marah dan perselisihan berjaya di leraikan dalam sebuah HalaQah kecil. Kami saling bertukar nombor telefon, bertukar e-mail serta biodata masing-masing, Rabbul Jalil, betapa Engkau telah mengikat hati kami dengan akidah kepadaMu.. hinggakan, kaki ini terasa berat untuk melangkah pergi meninggalkan wajah-wajah ceria pelajar di sekolah ini. Adik-adikku, semoga ukhwah mengikat kita agar terus bersama menuju ke JannahNya..Amin Ya Rabbal Alamin...


sedih- salah seorang daripada fasilitator sempat menoleh sebelum melangkah pergi.






Apa kata anda:

3 comments:

  1. Alhamdulillah.. cukup menarik.. semoga usaha membina anak bangsa dapat diteruskan.. bukan glamour yang kita cari.. bukan pujian yang kita tuntut.. tapi ukhufillah perjuangan & keredhaan Nya yang kita dambhakan

    ReplyDelete
  2. semoga dapat berkongsi pengalaman www.facebook.com/KEMGEMILANG

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahurabbi, pengalaman ana cuma sedikit, tapi InsyaAllah akan terus berjuang di jalan ini.. Hidup Mulia, Mati Syahid.

      Delete