Aku bertatih bukanlah kerana nama.. tetapi kerana akulah Serikandi Agama..

Tuesday, March 22, 2011

CELOTEH SEORANG SENIOR: KISAH QABIL KUSHRY QABIL IGAM DENGAN SEKOLAHKU?



Sedang ana berjalan-jalan kat halaman facebook petang tadi, tiba-tiba hati ana tergerak untuk membuka wall seorang bekas senior di sekolah menengah dahulu. Entahlah apa yang membuatkan hati ana tergerak untuk singgah ke halamannya ketika itu, ana sendiri tidak tahu...mungkin kerana sudah tidak pernah bersua muka dengan pemimpin yang di hormati itu. Atau mungkin juga nak tahu apa dan di mana dia kini berada.. ana kurang pasti. Tapi mata ini ligat juga membelek-belek info tentang beliau.. satu-persatu nota ana teliti dan baca... dan akhirnya, ana terjumpa post ini dalam nota beliau... Ya Allah, kini ana faham kenapa,,, patutlah Engkau gerakkan hati hambaMu  untuk membuka wall ini...





:: antara Qabil Kushry Qabil Igam dan sekolahku? 



Hmm…kali ini macam nak ambil slot soseh-soseh pula. Have you ever watched Qabil Kushry Qabil Igam?? Haa..ada sesuatu yang best kat sini walaupun kadang-kadang ada rasa kurang puas hati sikit dan kadang-kadang sebaliknya..




Kalau sesiapa yang dah tengok filem ni mesti korang kurang perasan, sebab ini melibatkan sekolah aku yang berstatus sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA). 1st of all, I want to show my school badge.




Ni lah logo sekolah yang selalu aku bangga-banggakan. Mungkin bukan bagi sesetengah pihak yang sentiasa mahukan kebebasan bergaul. Come on lah, what is 'A' stand for in 'SMKA'? Isn't it stand for 'agama', 'akhlak', or in English, we can define it as 'attitude'. Ok, ni antara snap yang aku dapat dari google...




look at the top right pic...and when we zoom it...




and now...lets zoom on their school badge....




and




this is it....






My school is a religious school ok.. Boleh pula badge tu kena gunapakai dalam lakonan tanpa tutup aurat. Mujur tiada orang peduli pasal lencana sekolah yang diaorang pakai tu. Tapi, jangan lupa, time tu isu ni agak hot kat bilik guru sekolah aku, maybe..hehe.. Bila sampai di telinga pelajar-pelajar pula, ramai yang gembira dan teruja nak tonton filem ni, mujur time tu kat pawagam dah tamat tayangan filem ni, kalau tak, tak mustahil sekolah aku jadi penyumbang utama kepada filem ni..haha


Aku pun tak tahu nak bangga atau tak. Ni kalau saman, bole buat duit ni..hehe
Ops..agak-agak la kalau nak ambil kesempatan. Mudah-mudahan ada antara kru diaorang yang perasan dan muhasabah balik tentang apa yang dah berlaku.


So, apa yang boleh aku cakap???


jangan suka-suka ambil lencana sekolah orang untuk digunapakai dalam lakonan yang tak selari dengan biah sekolah tu. Bukan apa, cuba bayangkan kalau suatu hari lencana sekolah korang digunapakai dalam lakonan yang pelik-pelik dan menjijikkan. Contohnya, ambil dadah, terlibat dengan gejala buang anak dan zina. Masa tu, tidak mustahil orang akan fikir sekolah itu ini dan bla..bla..bla..




Oh Dunia....lihatlah, betapa mudahnya sesuatu itu menjadi fitnah kepada agama. Betul juga. Ana setuju dengan pendapat senior ana ni. Kalaulah lencana sekolah ana menjadi fokus kepada penonton filem ini dahulu, maka yang akan malu pastinya sekolah ana. Tapi, di sebalik itu, pastinya bukan sekolah sahaja yang menerima kesan daripada kejadian ini tetapi juga title "A atau agama islamlah yang turut tercanang serta tercalar maruahnya, dan  apa yang lebih memalukan ianya adalah di sebabkan oleh orang ISLAM sendiri? 


Sama-samalah kita ambil iktibar dan ihtimam daripada sejarah silam yang berlaku ini.....WalLahualam...


Apa kata anda:

0 pelajar nak bagi pandangan:

Post a Comment