Aku bertatih bukanlah kerana nama.. tetapi kerana akulah Serikandi Agama..

Friday, March 25, 2011

ANALISA


Album : Gema Perjuangan
Munsyid : Shoutul Amal



Analisa, analisa analisa siapa kita

Adakah mengucap kalimah syahadah
Solat lima waktu puasa zakat
Pergi ke Mekah tunaikan haji
Telah dikira Muslim sejati

Sedangkan sembahyang tiada kekhusyukan
Puasa dikerja banyak kekurangannya
Keluarkan zakat kerana terpaksa
Tunai Haji untuk pangkat dan nama
Analisa, analisa, adakah Islam sempurna

Kita mengaku adanya Tuhan
Namun larangan tetap dilakukan
Ada malaikat kiri dan kanan
Tidak diendah akan kehadiran

Percaya Rasul dan para nabi
Sunnah mereka tidak dituruti
Quran dibaca tiada penghayatan
Intipatinya tidak diamalkan

Hidup akhirat engkau yakini
masih mengejar nikmat duniawi
Qadha dan Qadar telah ditentukan
Ditimpa musibah
hilang redha dan kesabaran

Analisa, analisa,
adakah Iman sempurna

Makhluk termulia di mayapada
Kerana tinggi akhlak dan taqwa
Tapi sekiranya ia tiada
Renungkanlah diri cari jawapannya

Analisa...Setinggi manakah taqwa
Analisa...Semulia manakah kita
Analisa...Adakah kita hamba kepada-Nya
tanyalah diri kita..


Dulu, nasyid ni selalu di dendangkan oleh munsyid sekolah ana dan sering juga di putarkan di 'Radio Elit SEMAI'.. hinggakan ramai yang berkata, "dah boring dengar nasyid ni". Tetapi bagi ana, ada sesuatu yang perlu kita faham dan renungkan di sebalik bait kata yang terungkap pada setiap rangkap nasyid analisa ini. Dan, apabila kita fikirkan kembali, maka tindakan guru-guru ana yang seringkali mengulang putar nasyid ini adalah tindakan yang betul. Alhamdulillah.. terima kasih guru-guruku.. jasamu tetap di kenang sepanjang zaman...

Bagi para sahabat, sama-samalah kita hayati maksud yang tersurat dan yang tersirat daripada nasyid analisa ni. Sama-sama kita analisa dan muhasabah keatas segala apa yang kita telah lakukan selama ini.



Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadis riwayat Jabir menyatakan:

 Jarak antara kiamat dan kebangkitanku, seperti antara jari telunjuk dan jari hantu. Maksudnya dekat dan tidak dipisahkan dengan kebangkitan mana-mana nabi lagi. (Hadis riwayat Bukhari dalam kitab al-Tafsir 8/530 Muslim dalam kitab al-Fitan, bilangan 2950).

Apa kata anda:

0 pelajar nak bagi pandangan:

Post a Comment