Aku bertatih bukanlah kerana nama.. tetapi kerana akulah Serikandi Agama..

Saturday, July 17, 2010

TUHAN....BERIKAN HAMBAMU INI KEKUATAN...

Ya Allah...padatnya jadual minggu ini...aku pasti,akan datang,bakal menyusul hari2 yang mencabar di IPIS ni..rasanya,ruang untuk diri sendiri pun semakin x wujud..tapi...nak merungut...hmmm.....siapalah aku...berhakkah untuk berkeluh-kesah terhadap amanah yang di berikan Allah kepadaku? di Palestin sana,saudara seagama berhadapan dengan peluru yang menunggu masa untuk memecahkan kepala...di Gaza sana saudara seislam berperang dengan senapang...tapi aku??? cuma berhadapan dengan buku dan komputer...maka,layakkah aku merungut??

aku sepatutnya lebih kuat melalui kehidupan...aku sepatutnya lebih tabah kerana aku seorang dai'e....bukankah aku telah terpilih untuk melaksanakan tugas ini??..bukan kerana undian ramai...bukan atas sebab lain melainkan Allah telah mengaturkannya begitu...memang benar, Allah akan menguji setiap apa yang kita perkatakan...dan ujian itu kurasakan berat menghimpit diri...

Tuhan...andai ini jalan yang Engkau tetapkan untuk aku lalui...maka berikanlah hambaMu ini kekuatan...aku hanya seorang manusia yang lemah tidak berdaya tanpaMu..ya Allah...jangan biarkan aku sendiri melalui jalan mujahadah ini...pandulah aku..jangan biarkan aku tersesat...aku..tidak berdaya tanpaMU....

Apa kata anda:

0 pelajar nak bagi pandangan:

Post a Comment