Aku bertatih bukanlah kerana nama.. tetapi kerana akulah Serikandi Agama..

Friday, July 30, 2010

MARHABAN YA RAMADHAN..

Tidak lama lagi kita bakal menyambut bulan ramadhan al-mubarak... bulan yang penuh dengan rahmat,pengampunan dan hidayah daripada Allah... sempena nak menyambut bulan ramadhan ni,ana nak ajak antum semua saling muhasabah diri tentang persediaan yang kita lakukan untuk menyambut bulan yang bebas daripada belenggu syaitan dan konco2nya...(syaitan bertopeng manusia tu,x tahu la pulak)..

kat ipg ana memang meriah...maklumlah...ramadhan dah nak dekat,masksudnya, cuti raya pun dah dekat la... maka.. ramailah yang sibuk membeli tiket untuk pulang ke kampung masing2... daripada yang berasal nun jauh di Sabah dan Sarawak,hinggalah yang terdekat kat Selangor ni... semuanya dah ada perancangan sendiri untuk cuti raya nanti...memang sibuk bercerita plan masing2... tidak kurang yang menjanjikan ole2 untuk kawan2 sekelas...hahaha..kadang2 tergelak jugak bila tengok suasana ni..x sangka,ana akan berhadapan dengan suasana yang sama macam zaman kecik2 dulu...

tapi,jika melihat dari sudut yang lain,terasa betapa hinanya diri jika hendak di bandingkan dengan para salafusSoleh....mereka bergembira tika datangnya ramadhan...sedih tatkala menjelang penghujungnya....sedangkan,kita masyarakat hari ini cukup x sabar menanti tibanya Aidilfitri...tanpa memikirkan apakah amalan kita pada bulan Ramadhan  sudah cukup untuk menggarap keampunan Tuhan?...perbandingan antara umat nabi Muhammad dulu dan sekarang memang jauh bak langit dan bumi...

kata Umar Al-Khattab:

"aku hanya seorang umar,kemuliaanku kerna Islam..semua ke syurga kecuali dia..kubimbangi dia diriku..."

kata 'umar' akhir zaman:

"aku orang terhebat zaman ini..muliaku di puja ramai..dunia ini adalah syurgaku.."

nampak? tak perlu ana nak hurai banyak2...rasanya,semua dah nampak bezanya,sebab Tuhan dah kurniakan kita pancaindera yang sempurna untuk menilai dan menghayati..kembali kpd topik asal kita....persediaan bulan ramadhan...adakah kita gembira bertemu ramadhan tahu ini?ramadhan merupakan bulan 'durian runtuh' untuk kita semua sebab Tuhan dah bagi tawaran2 yang cukup lumayan untuk kita upgrade iman dan redeem banyak2 pahala....tapi sepanjang yang ana lihat dan amati..manusia ni memang nak ganjaran yang hebat2,tapi tak pernah berusaha untuk mendapatkan ganjaran tu...ana nak kongsi pengalaman ana dengan antum semua tentang kisah menjelang ramadhan....peristiwa ni berlaku 2 tahu lalu di sebuah supermarket,sehari sebelum ramadhan...

kisahnya begini,suatu hari sebelum bulan ramadhan, ana pergi ke supermarket tersebut untuk membeli kurma hidangan berbuka puasa pada 1 ramadhan hari berikutnya...ketika ana hendak membayar kurma tersebut,ana ternampak cashier supermarket sedang berbual2 dengan seorang lelaki muslim....

cashier: eh,banyaknya beli arak!beli untuk siapa ni?
lelaki:  untuk aku lah!esok kan nak puasa....esok nak sahur...

aku yang mendengar perbualan mereka menggeleng2 kepala...Astaghfirullah..jahil sungguh masyarakat sekarang...hukum Allah di permainkan...yang haQ di campurkan dengan yang batiL....sedih sungguh...benarlah di katakan..islam hadir dalam keadaan dagang,dan akan kembali dalam keadaan dagang juga...maka,beruntunglah sesiapa yang dagang....menghitung masa menunggu ramadhan... maka,adalah lebih baik kita gunakan bulan yang bebas dari belenggu iblis laknatullah ini untuk kita mengukuhkan semangat untuk menimba ilmu pengetahuan...menambahkan keimanan...dan...mendekatkan diri kepada Allah SWT...kita bina kembali,semangat jihad yang kian rapuh...kita teguhkan kembali ketaqwaan kita...tapi,semua ini tidak akan terjadi tanpa kesedaran dari dalam diri kita...sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud;

"dalam diri manusia ada segumpal darah,buruk ia, maka buruklah segalanya bagi manusia tersebut,.."

demikianlah pentingnya pentarbiyahan hati dalam membentuk peribadi kita...bulan ramadhan adalah masa yang terbaik untuk memulakan langkah yang pertama...segeralah mulakan langkah kita yang pertama..berubahlah untuk mendapatkan syurga Allah yang nikmatnya tiada bandingan.. hijrahkan diri dan setting cita2,

"hidup mulia,mati syahid!!!!!"

Apa kata anda:

0 pelajar nak bagi pandangan:

Post a Comment