Aku bertatih bukanlah kerana nama.. tetapi kerana akulah Serikandi Agama..

Monday, June 7, 2010

MUHASABAH DIRI DAN MINDA...

pagi tadi,aku di kejutkan dengan 1 sms yang mengusik jiwa..bunyinya begini...

Innalillahiwainnailaihi rojiun....
Baru sahaja team mercy yang membawa doktor2
dari seluruh dunia menuju Palestin di bom oleh israel LAKNATULLAH!
19 orang mati syahid,12 orang lagi belum di temui...
mohon doa dari semua mukmin dan mukminah..
-link Al-Ghazi-

semalam,sampai 1 mesej berbunyi...

Pemimpin Hizbullah,Syed Hassan Nasrullah minta semua muslim untuk membaca
surah Al-Fath ayat 26-27,surah Yunus ayat 85,86 dan 88 malam ini..
foward kpd seluruh umat islam..saudara seagama telah di kepung dan menunggu masa
untuk di sembelih...
keadaan amat dahsyat..itu sahaja jihad kita..

bertalu-talu sms yang menyatakan maruah umat islam tercalar.... dan apa yang lebih menyedihkan,pada masa yang sama aku merasakan bahawa aku tidak dapat menyumbang banyak demi menyelesaikan kekalutan yang terjadi...rasa sebak mula menyelubungi diri ini.. Ya Allah..berikanlah kekuatan kepada hambaMu yang dhaif ini untuk terus berjuang,setidak2nya benarkanlah aku yang lemah ini terus dapat menulis sesuatu,terus belajar daripada kesilapan demi kesilapan...dan...terus istiqamah dalam mengamalkan jihad di jalanMu...jangan sesekali Engkau pesongkan aku ya Allah..sesungguhnya Engkaulah Maha pemberi Hidayah dan Petunjuk..serta Maha pemberi Rahmat...

masih bermain-main dalam mindaku kata2 seorang ustazah sewaktu aku berada di tingkatan 1 dahulu,Islam itu datang dalam keadaan asing, dan ia juga kembali dalam keadaan asing..buktinya sekarang,ramai kalangan masyarakat muslim yang mengaku beragama islam,tetapi tidak mengamalkan agama itu sebaiknya...padahal..islam telah mensyariatkan garis panduan hidup untuk penganutnya..bermula dari bangun,sehingga tidur kembali....aku sendiri kurasakan,belum cukup mengamalkan apa yang di syariatkan dalam garis panduan itu...Ya Allah..islam semakin dagang...persoalannya,adakah aku termasuk dari golongan hamba2 yang beruntung itu? aku sendiri tidak pasti...aku sendiri tidak yakin....

satu lagi kata2 yang sering menerpa benakku kebelakangan ini...

"Allah akan menguji setiap apa yang kita perkatakan.."

kembali aku bertanya kedalam diri...bermonolog sendiri...apakah aku bersedia untuk menerima ujian sesuai dengan apa yang telah aku katakan?tegarkah aku melangkah ataukah aku akan terjatuh?aku hanya insan lemah tanpa pertolongan Sang Maha Pencipta....

sesekali,terdetik juga rasa cemburu dengan para mujahid islam yang sedang berjuang di Gaza sana,mereka begitu tabah,berani menggadaikan nyawa sendiri demi agama islam...dan aku? sungguh jauh perbezaan aku dengan mereka...sungguh mulianya mereka..dan sungguh rendahnya kedudukanku yang kadang-kadang ingat dan kadang-kadang lupa kepada Rabbul Izzati...

wahai Tuhanku...aku bukan para sahabat yang hidup di zaman baginda Muhammad...aku bukan pahlawan Badar dan Uhud..aku bukan para soldadu yang berjuang di medan KhandaQ..Namun,aku mohon supaya sedikit keberanian mereka dicebisi untuk di resapkan ke dalam nubariku..Tuhan,aku benar2 mahu berjuang..untuk..untuk membangunkan diriku yang dhaif ini....

Apa kata anda:

0 pelajar nak bagi pandangan:

Post a Comment